fbpx
Now Reading
Lelaki ‘Tunjal’ Kepala Wanita Direman 3 Hari

Lelaki ‘Tunjal’ Kepala Wanita Direman 3 Hari

Dia yang bekerja sebagai penyelia kilang sebelum ini ditahan di sekitar Serdang sebelum dibawa ke Balai Polis Tapah, Perak untuk membantu siasatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lelaki tular yang dipercayai memukul kepala seorang pemandu wanita berhampiran pusat rekreasi Lata Iskandar pada Isnin (5 Jun) telah direman selama tiga hari bermula hari ini, 7 Jun.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail, perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap suspek berusia 29 tahun itu dikeluarkan sehingga Jumaat (9 Jun).

“Permohonan tahanan reman ke atas suspek dilakukan di Mahkamah Tapah bawah Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan selama tiga hari hingga Jumaat,” kata beliau dipetik Malaymail.

Lelaki itu sebelum ini ditahan di sekitar Serdang sebelum dibawa ke Balai Polis Tapah, Perak untuk membantu siasatan.

Turun kereta maki dan ‘naik tangan’

Menerusi rakaman video yang tular, seorang lelaki dipercayai suspek dilihat turun dari kereta Proton Persona dan mengetuk cermin kereta yang dipandu mangsa.

Dia kemudian memaki hamun wanita terbabit sebelum bertindak memukul kepalanya dan mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

Insiden tersebut mencetuskan perdebatan hebat di media sosial apabila ada yang merasakan perbuatannya melampau kerana berniat mencederakan dan ada juga yang menyifatkan dia hanya sekadar ‘mengajar’ wanita itu agar menjadi pemandu berhemah.

Ianya selepas tular dakwaan yang mengatakan pemandu wanita itu membawa kereta dalam keadaan terburu-buru hingga membahayakan nyawa penumpang lain.

Namun setakat ini tiada kenyataan dari pihak berkuasa mengenai dakwaan yang tular itu.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.