fbpx
Now Reading
Nyanyi Lagu Kebangsaan & Bersorak, Lawatan Jokowi Ke Pasar Chow Kit Buat Warga Indonesia ‘Menggila’ [Video]

Nyanyi Lagu Kebangsaan & Bersorak, Lawatan Jokowi Ke Pasar Chow Kit Buat Warga Indonesia ‘Menggila’ [Video]

Presiden Indonesia, Jokowi turut tidak melepaskan peluang untuk melakukan swafoto bersama rakyat dari negaranya ketika berkunjung di Pasar Chow Kit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (7 Jun), Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi telah berkunjung ke Malaysia atas lawatan kerjanya.

Beliau bagaimanapun tidak berseorangan dalam lawatan ini apabila turut ditemani isteri tersayang iaitu Iriana Joko Widodo serta beberapa ahli menteri dan juga pegawai-pegawai kanan Indonesia.

Rakyat Indonesia teruja jumpa Jokowi di pasar Chow Kit

Susulan kedatangan beliau, hari ini (8 Jun) pemimpin Indonesia telah berkunjung ke Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur untuk membuat lawatan santai bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika berkunjung di pasar tersebut sekitar jam 12.30 tengah hari, Jokowi telah disambut dengan penuh meriah apabila pekerja di situ kelihatan teruja melihatnya.

Malah ada yang sanggup meninggalkan kedai mereka untuk merakamkan momen ketika Presiden Indonesia itu berkunjung di pasar berkenaan.

Lambai tangan dan bersalaman dengan Jokowi

Foto: Malay Mail

Mereka yang juga warga Indonesia turut tidak melepaskan peluang untuk melambai tangan dan juga bersalaman dengan pemimpin itu sebaik sahaja beliau turun dari kenderaan.

Memetik laporan Berita Harian, Jokowi tidak melepaskan peluang apabila dilihat melakukan swafoto bersama rakyat dari Indonesia.

Siap nyanyi lagu kebangsaan republik Indonesia

Keterujaan meraikan kehadiran pemimpin itu dapat dilihat menerusi satu video yang dikongsikan oleh Berita Harian di Twitter memaparkan masyarakat di situ menyanyikan lagu kebangsaan republik negara itu secara beramai-ramai.

Salah seorang peniaga di sana iaitu Yenawati Iskandar yang menjual buah meluahkan rasa syukur selepas berpeluang bertemu dengan Jokowi secara berdepan.

“Saya sudah menetap di Malaysia selama 31 tahun untuk mencari rezeki dan tidak sangka akan melihat sendiri ‘bapak negara’ yang kita sayangi dan hormati.

“Hampir tiga jam saya menunggu Jokowi dan dapat merakam gambar dari jauh sudah mencukupi,” jelasnya.

Rakyat maklum diri bahagia dapat jumpa Jokowi

Seorang lagi warga Indonesia yang merupakan suri rumah, Darmiati M Ali memaklumkan dia sangat bahagia apabila dapat melihat pemimpin negaranya itu.

“Ia seperti impian yang menjadi nyata dan kami semua tidak menyangka Jokowi sanggup turun ke pasar dan bertemu kami.

“Beliau seperti begitu peduli dengan rakyatnya walaupun kami jauh di Malaysia.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.