fbpx
Now Reading
Pelajar Tingkatan 1 Nyaris Buta Selepas Rakan Curah Sabun Mandi Ketika Tidur Di Asrama

Pelajar Tingkatan 1 Nyaris Buta Selepas Rakan Curah Sabun Mandi Ketika Tidur Di Asrama

Siasatan pihak berkuasa mendapati kejadian tersebut telah berlaku pada awal pagi 19 Mei.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pelajar Tingkatan 1 di sebuah sekolah berasrama di Gerik, Perak nyaris buta setelah dicurah cecair dipercayai sabun mandi oleh rakannya ketika sedang tidur.  

Memetik Sinar Harian, mangsa seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun cedera di kedua-dua belah matanya dan telah diberikan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh sejurus selepas insiden tersebut.

Insiden berlaku pada 19 Mei pagi

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, siasatan mendapati kejadian tersebut telah berlaku pada awal pagi 19 Mei.

Namun laporan polis telah dibuat oleh bapa mangsa pada Rabu (7 Jun) sekitar jam 12.22 tengah hari.

“Siasatan yang dijalankan mendapati kejadian itu berlaku pada 19 Mei lalu sekitar 1.15 pagi. Pemeriksaan yang dijalankan pakar mengesahkan mangsa mengalami kecederaan ‘bilateral eye chemical injury grade 1’ dan perlu menjalani rawatan susulan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Suspek Insiden Telah Ditahan Oleh Pihak Polis

Rakan mangsa yang bertindak mencurah cecair berkenaan telah ditahan oleh pihak polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan benda berbahaya.

Mohd Yusri berkata beberapa orang guru dan pelajar akan dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan terbabit.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.