fbpx
Now Reading
Budak Perempuan Umur 1 Tahun 11 Bulan Didera Teman Lelaki Ibu Hanya Kerana Bising, Suspek Sudah Ditahan

Budak Perempuan Umur 1 Tahun 11 Bulan Didera Teman Lelaki Ibu Hanya Kerana Bising, Suspek Sudah Ditahan

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang pada Rabu (7 Jun).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak akhir-akhir ini, banyak kes dera yang melibatkan kanak-kanak dilaporkan di media sosial.

Baru-baru ini, tular video dan gambar seorang kanak-kanak perempuan yang berumur setahun 11 bulan mengalami kecederaan dan kesan-kesan lebam akibat didera oleh teman lelaki ibunya.

Dipukul Teman Lelaki Ibu Hanya Kerana Buat Bising

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang pada Rabu (7 Jun).

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, DSP Saralathan Duraisamy mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.05 petang pada hari yang sama.

Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai dipukul hanya kerana membuat bising. Ibunya dikatakan sudah cuba menghalang teman lelakinya namun tidak berdaya.

Cedera Di Belakang Badan Dan Lebam Kedua-Dua Mata

Menurut Saralathan, bayi itu mengalami kecederaan di bahagian belakang badan, bengkak di bibir serta lebam pada kedua-dua mata.

Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

Teman Lelaki Telah Ditangkap

Terbaharu, polis telah menahan suspek yang berusia 31 tahun di sebuah flat di Jinjang pada 8 Jun dan penahanan ini disahkan oleh Saralathan.

“Siasatan kini dijalankan oleh Bahagian Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Kuala Lumpur akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya memetik dari Bernama.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001. Sekiranya individu, ibu bapa atau penjaga yang didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Semalam, kes penderaan kanak-kanak ini tular di media sosial apabila penyanyi Caprice menerusi akaun IG miliknya membuat satu hantaran video berhubung kejadian ini.

Menerusi hantaran tersebut, Caprice memohon bantuan orang ramai untuk menghebahkan perkara ini bagi tujuan membantu polis untuk menangkap suspek yang masih bebas sebelum tangkapan dibuat pada malam tadi.

Cara Melaporkan Kes Dera

Untuk info, pelaporan kes penderaan kanak-kanak boleh dilaporkan melalui salah satu cara berikut;

  • Talian telefon Teledera: 1 800 88 3040
  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal atau membuat aduan melalui Talian Kasih 15999; ATAU Whatsapp 019-26 15999
  • Twitter, Facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kebajkan Masyarakat (JKM) ; Instagram
  • Melaporkan kepada mana-mana balai polis/ Pondok Polis yang berhampiran;
  • Mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak/ Pusat Aktiviti kanak-Kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan atau;
  • Merujuk terus ke hospital yang berhampiran.

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Didera Bapa Tiri, Kepala Dihentak & Usus Pecah

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Kanak-Kanak Autisme Didera, Pengasuh Warga Asing Ditahan Polis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.