fbpx
Now Reading
Lelaki Dera Anak Kekasih Umur 1 Tahun 11 Bulan Rupanya Miliki 13 Rekod Jenayah & Disahkan Positif Dadah

Lelaki Dera Anak Kekasih Umur 1 Tahun 11 Bulan Rupanya Miliki 13 Rekod Jenayah & Disahkan Positif Dadah

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam, tular gambar dan video seorang kanak-kanak perempuan yang berusia setahun 11 bulan mengalami kecederaan di bahagian belakang badan, bengkak di bibir dan lebam kedua-dua mata akibat didera.

Mangsa dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak hanya kerana bising.

Kes ini mula mendapat perhatian warganet apabila usahawan dan rapper, Caprice membuat satu hantaran berhubung kejadian ini.

Suspek yang berusia 31 tahun kemudiannya ditahan di sebuah pangsapuri di Taman Kepong Indah pada 8 Jun.

Baca Artikel Berkaitan: Budak Perempuan Umur 1 Tahun 11 Bulan Didera Teman Lelaki Ibu Hanya Kerana Bising, Suspek Sudah Ditahan

Suspek Mempunyai 13 Rekod Jenayah & Positif Dadah

Terbaharu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan memiliki 13 rekod jenayah lampau.

Tambah beliau, 13 rekod jenayah itu merangkumi pelbagai kesalahan jenayah termasuk dadah serta satu rekod dikehendaki polis di Lanchang, Pahang.

Malah, hasil ujian saringan air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Suspek kini ditahan reman selama 7 hari.

“Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine serta direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” kata beliau.

Kurung Teman Wanita, Pukul Kanak-Kanak Perempuan Kerana Bising

Menurut Mohd Shuhaily, ibu kanak-kanak malang berkenaan berumur 18 tahun dan merupakan seorang mualaf. Dia dikatakan telah tinggal bersama suspek selama dua bulan.

“Sepanjang tempoh berkenaan, ibu kanak-kanak itu telah dikurung di dalam bilik berasingan dengan anaknya dan dikunci oleh suspek,” kata beliau.

Tambah Shuhaily, motif kejadian masih disiasat. Namun, berdasarkan pengakuan awal suspek, dia bertindak memukul mangsa kerana selalu membuat bising.

Ujar beliau lagi, kanak-kanak berkenaan agak aktif dan dikurung selepas dipukul akibat membuat bising.

“Hasil pemeriksaan, suspek gagal mengemukakan kad pengenalannya dan dia memiliki kad pengenalan orang lain,” ujarnya.

Tambah beliau, Bahagian Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) IPK Kuala Lumpur kini membuka satu lagi kertas siasatan dan kes kini disiasat mengikut seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, Peraturan 25(2) Akta Pendaftaran Negara 1959 serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, polis turut meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.