fbpx
Now Reading
Lelaki ‘Tunjal’ Kepala Pemandu Wanita Dijatuhi Hukuman Penjara 7 Hari

Lelaki ‘Tunjal’ Kepala Pemandu Wanita Dijatuhi Hukuman Penjara 7 Hari

Tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh hari untuk kedua-dua pertuduhan ke atasnya, bagaimanapun mahkamah menetapkan agar hukuman itu dijalankan dengan serentak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular mengenai satu video seorang lelaki berbaju merah yang mengasari seorang pemandu wanita di sebuah kawasan jalan dari Cameron Highland, Pahang menuju Tapah, Perak.

Susulan penularan video tersebut, orang ramai dilihat marah serta mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menggunakan kekerasan terhadap wanita.

Pihak polis yang menerima laporan daripada mangsa juga telah menahan reman lelaki berusia 29 tahun itu selama 3 hari bagi siasatan lanjut.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘Tunjal’ Kepala Wanita Direman 3 Hari

Lelaki tunjal kepala wanita dipenjara 7 hari

Terkini, Mahkamah Majistret Tapah menjatuhi hukuman penjara selama tujuh hari ke atas lelaki terbabit kerana mengasari pemandu wanita berkenaan di Lata Iskandar pada Isnin lalu (5 Jun).

Tertuduh yang dikenali sebagai Mohammad Zaim Faiz Tarmizi mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan dan mengugut seorang wanita.

Tuduhan pertama: Menakutkan mangsa secara jenayah dengan kata ugutan

Mengikut kertas pertuduhan Zaim didapati menakutkan secara jenayah terhadap Amiera Atiqah Shahrizan, 24, di Lata Iskandar Kilometer 22 Jalan Tapah-Cameron Highland pada pukul 5.33 petang dengan kata ugutan ‘pecah muka kau sat lagi’.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Tuduhan kedua: Sengaja mendatangkan kecederaan

Bagi pertuduhan kedua pula, Zaim didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa di lokasi dan masa yang sama di bawah kesalahan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Susulan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh hari untuk kedua-dua pertuduhan ke atasnya, hakim bagaimanapun menetapkan agar hukuman itu dijalankan dengan serentak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya J Geetha, manakala Zaim pula tidak diwakili peguam.

Tertuduh juga memohon agar hukuman ringan dikenakan terhadapnya memandangkan dia perlu menanggung isteri yang mengandung lapan bulan dan anak berusia empat tahun dengan pendapatan bulanan RM4,000.

Bagaimanapun, mahkamah kemudian menetapkan tertuduh disabitkan kedua-dua kesalahan.

Tular video lelaki tunjal kepala wanita

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman yang memaparkan tindakan seorang lelaki menunjal kepala seorang wanita selain mengeluarkan kata-kata kesat serta ugutan.

Lelaki terbabit difahamkan berang dengan tindakan wanita tersebut yang memandu kereta secara berbahaya hingga mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Dalam masa sama, tular pendedahan seorang wanita yang mendakwa lelaki itu ada bertindak memukul seorang pelayan restoran beberapa hari sebelum insiden ini berlaku.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.