fbpx
Now Reading
Pemilik Tadika Berputih Mata, Wang Lebih RM1 Juta Lesap Akibat Pelaburan Yang Tidak Wujud

Pemilik Tadika Berputih Mata, Wang Lebih RM1 Juta Lesap Akibat Pelaburan Yang Tidak Wujud

Hubungan pemilik tadika itu dan suspek seorang lelaki warganegara Taiwan menjadi rapat setelah saling berhubung menerusi aplikasi Lime, secara lisan serta melalui pesanan ringkas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mungkin teruja dengan janji keuntungan segera, seorang wanita berumur 53 tahun berputih mata apabila dia mengalami kerugian lebih RM1 juta gara-gara mahu menyertai pelaburan yang tidak wujud.

Mangsa yang merupakan pemilik sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Ayer Keroh, Melaka diperdaya oleh seorang lelaki warganegara Taiwan yang dikenalinya melalui media sosial.

Setelah Sebulan Berkenalan, Mangsa Ditawar Dengan Pelaburan Palsu

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, detik perkenalan mangsa dan suspek bermula apabila akaun Instagram mangsa di ’tag’ oleh suspek pada 7 April yang lalu.

Hubungan mereka menjadi rapat setelah saling berhubung melalui aplikasi perbualan, secara lisan serta melalui pesanan ringkas.

Setelah sebulan perkenalan, mangsa kemudiannya ditawarkan dengan pelaburan yang kononnya menguntungkan oleh suspek yang dipercayai menetap di Jepun.

“Pada 7 Mei lalu, suspek menawarkan mangsa untuk melabur dengan membeli barang di sebuah laman web yang kononnya di Amerika Syarikat,” kata Zainol.

Suspek meminta mangsa untuk menyertai pelaburan itu dengan membuat pembelian barang terlebih dahulu di sebuah laman web di Amerika Syarikat sebagai bentuk pelaburan.

Mangsa dijanjikan dengan keuntungan sebanyak 10% bagi setiap barang hasil jualan semula barang tersebut.

“Mangsa diminta membeli dahulu barang sebelum menjual semula kepada pelanggan dengan mendapat keuntungan sebanyak 10% bagi setiap barang,” ujarnya.

Buat Transaksi Berjumlah RM1.064 Juta, Terima Komisen RM923,685.55

Kerana terlalu percayakan suspek, mangsa bersetuju untuk menyertai pelaburan itu.

Dia kemudiannya membuat 28 transaksi secara berperingkat dengan jumlah RM1.064 juta kepada enam akaun berbeza milik lelaki berkenaan sepanjang tempoh 7 Mei hingga 30 Mei yang lalu.

Selepas 30 Mei, mangsa kemudian membuat semakan berhubung status pulangan pelaburan melalui laman web berkenaan.

Hasil semakan tersebut, mangsa teruja dengan jumlah komisen yang bakal diterima sebanyak RM923,685.55.

Mangsa kemudiannya dikatakan cuba mengakses laman web berkenaan pada keesokan harinya, namun gagal. Malah, mangsa turut mendapati akaun Instagram milik lelaki berkenaan juga telah ditutup.

Menyedari telah ditipu, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh. Hasil siasatan mendapati, wanita itu mengalami kerugian berjumlah RM1.064 juta yang merupakan simpanan dan pinjaman yang dibuat mangsa daripada ahli keluarga.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan

Polis Melaka menerusi kenyataan media mengingatkan agar orang ramai berwaspada dan sentiasa membuat semakan sebelum menyertai sebarang pelaburan.

Semakan boleh dibuat menerusi portal Semak Mule, Alert List Bank Negara Malaysia (BNM) dan Security Comision (SC) sebelum mengambil keputusan untuk menyertai skim pelaburan yang meragukan.

Baca Artikel Berkaitan: Tertipu Dengan Tawaran Darjah Kebesaran ‘Datuk Seri’, Kontraktor Kerugian RM571,000

Baca Artikel Berkaitan: Scammer Jaja Nama Pendakwah Terkenal Indonesia, Tawar Duit Raya Dari Alam Ghaib Sehingga RM500,000

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.