fbpx
Now Reading
Polis Tahan Rider Buat Aksi Bahaya Ketika Tunggang Motosikal Di MRR2

Polis Tahan Rider Buat Aksi Bahaya Ketika Tunggang Motosikal Di MRR2

Menurut Mohamad Farouk, dalam penahanan itu pihak polis turut merampas sebuah motosikal jenama Yamaha Lagenda berwarna hitam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang satu video tular di media sosial yang memaparkan tindakan seorang lelaki menunggang motosikal secara berbahaya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki yang dipercayai bekerja sebagai penghantar barangan atau makanan itu menari di atas motor sambil tangannya tidak memegang handle dan throttle motosikal.

Perkara itu kemudian menjadi perhatian orang ramai kerana aksi berbahaya tersebut boleh mengancam nyawa individu berkenaan serta pengguna jalan raya yang lain.

Baca artikel berkaitan: Rider Buat Aksi Bahaya Tunggang Motor Tak Pulas Throttle, Siap Duduk Atas Kotak Monorack Undang Perhatian [Video]

Polis tahan rider buat aksi bahaya ketika tunggang motosikal di MRR2

Terbaharu, pihak polis telah bertindak menahan lelaki yang berusia 45 tahun tersebut selepas video terbabit tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak, video itu dikesan pihaknya sekitar jam 6.50 petang pada 7 Jun, menerusi satu muat naik di Twitter @JNMalaysia memaparkan aksi rider berkenaan yang membawa motosikal jenis Yamaha Lagenda.

Dalam video berkenaan, rider tersebut duduk di atas kotak barang (monorack) yang diletakkan di bahagian tempat duduk pembonceng sambil kedua tangan tidak memegang pada handle motosikal.

Kelajuan motosikal undang bahaya pada diri dan pengguna lain

Motosikal itu juga dilihat berada pada satu tahap kelajuan yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Katanya, sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah menahan lelaki berkenaan di Kampung Cheras Baru, Kuala lumpur sekitar jam 10.30 pagi pada 8 Jun.

Sebuah motosikal turut dirampas oleh pihak polis

Jelasnya, dalam penahanan tersebut pihak polis turut merampas sebuah motosikal Yamaha Lagenda berwarna hitam.

“Semakan lanjut mendapati suspek masih mempunyai dua saman (waran tangkap) trafik yang masih belum dijelaskan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu dan merbahaya sekiranya disabit dengan kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000 serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapat suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada 5 tahun,” katanya.

Minta pemilik akaun Twitter dan perakam video tampil beri kerjasama bantu siasatan

Pihak polis dalam masa sama turut meminta kerjasama daripada pemilik akaun Twitter dan juga perakam video untuk tampil ke balai berdekatan atau boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya Inspektor (IO) Muhamad Yusaiful di talian 011 1307 8348 bagi membantu siasatan.

“Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak menunggang atau memandu secara merbahaya sehingga mengundang padah kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

“Tindakan berkenaan boleh mengancam nyawa serta menyebabkan kehilangan nyawa.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.