Polis Keluarkan 16 Saman Kepada Kereta Mewah Berkonvoi Hingga Halang Laluan Di Jambatan Pulau Pinang 2 [Video]

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sekumpulan kenderaan mewah yang telah menghalang laluan jalan raya dipercayai berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam atau Jambatan Pulau Pinang 2.

Menerusi video berkenaan, kelihatan jelas dua laluan utama berserta laluan kecemasan di jambatan tersebut dipenuhi dengan kenderaan mewah dipercayai jenis BMW dengan pelbagai warna.

Kesemua kenderaan tersebut turut dibawa pada kadar kelajuan yang perlahan sehingga mengundang kesesakan di jalan raya berkenaan.

Polis kesan video tular sekumpulan kereta atas jalan Jambatan Pulau Pinang kedua

Terbaharu, polis memaklumkan pihaknya telah mengesan video berkenaan selepas ia dikongsikan oleh pemilik akaun Panglimaperang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata kejadian tersebut berlaku daripada kilometer (KM) 3.8 dari arah Batu Kawan sehingga menuju ke kilometer 9.0, Batu Maung jam 12.30 tengah hari, pada 9 Jun yang lalu.

“Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kertas siasatan telah dibuka mengikut Kaedah Lalu Lintas 1959 iaitu Kaedah 16 (1) LN 166/59 kerana melakukan halangan lalu lintas,” katanya.

Jelasnya lagi, kesemua pemandu yang terbabit kemudian hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan jam 12.10 tengah malam pada 11 Jun lalu dan dikenakan saman.

Sebanyak 16 saman dikeluarkan kepada kumpulan kereta mewah

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Lee Chong Chern, memaklumkan pihak polis telah berjaya mengesan tempat penginapan kesemua pemandu di sebuah hotel di Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

“Pegawai penyiasat telah ke hotel berkenaan semalam (11 Jun) kira-kira jam 2.12 petang sebelum meminta kesemua pemandu yang terlibat tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan untuk tindakan lanjut.

“Susulan itu, seramai 12 pemandu telah hadir hari ini dan kita mengeluarkan 16 saman terhadap kesemua mereka.

“12 saman dikeluarkan atas kesalahan halang lalu lintas manakala empat lagi atas kesalahan nombor pendaftaran fancy,” ujarnya dipetik MalaysiaGazette.

Kesemua pemandu kumpulan kereta mewah yang disaman difahamkan adalah warga tempatan serta Singapura.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

22 mins ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

29 mins ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

33 mins ago
  • Trending

“Macam Cerita K-Drama”- Bapa Catat Setiap Perkembangan Anak Dalam Diari Jadi Contoh Buat Orang Ramai

Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…

2 hours ago
  • Trending

“Allahu Sedihnya” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jual Buah Potong Tepi Jalan Guna Basikal [Video]

Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.

2 hours ago
  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

2 hours ago