fbpx
Now Reading
Warga Emas Termasuk Dua Cucu Cedera, Kereta Dipandu Rempuh Kedai Serbaneka Stesen Minyak [Video]

Warga Emas Termasuk Dua Cucu Cedera, Kereta Dipandu Rempuh Kedai Serbaneka Stesen Minyak [Video]

Ketika kejadian, warga emas yang merupakan pemandu kereta Hyundai Sonata dikatakan telah selesai mengisi minyak dan mahu meneruskan perjalanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malam tadi, tular di Twitter, video dan gambar yang memaparkan sebuah kereta merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Bukit Rambai, Melaka.

Berdasarkan hantaran di akaun twitter @mynewshub, kelihatan panel pintu kaca kedai serbaneka berkenaan pecah susulan daripada rempuhan tersebut.

Warga Emas Tertekan Pedal Minyak

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, kejadian itu berlaku pada jam 7 malam melibatkan seorang warga emas dan dua orang cucunya yang masing-masing berusia 12 dan 13 tahun.

Ketika kejadian, warga emas yang merupakan pemandu kereta Hyundai Sonata dikatakan telah selesai isi minyak dan mahu meneruskan perjalanan.

Namun, warga emas yang berumur 69 tahun itu dikatakan tertekan pedal minyak lalu merempuh kedai serbaneka berhampiran.

 “Dia bagaimanapun telah tertekan pedal minyak semasa memasuki gear D dan terbabas merempuh kedai serbaneka di pam minyak tersebut,” kata beliau.

Warga Emas & Cucu Cedera, Tiada Orang Awam Terlibat

Rempuhan itu menyebabkan warga emas yang merupakan seorang pesawah dan dua orang cucunya mengalami cedera ringan.

Namun, tiada pekerja kedai serbaneka dan orang awam yang cedera atau terlibat dalam insiden itu.

Mangsa dan dua orang cucunya kemudian dibawa ke hospital oleh ahli keluarga mangsa yang tiba di tempat kejadian.

Menurut Christopher, insiden itu dilaporkan oleh pengurus setesen minyak berkenaan yang berusia 51 tahun.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sekiranya didapati bersalah, individu boleh dikenakan denda di antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Baru Putus Cinta Ugut & Rempuh Pagar Rumah Keluarga Bekas Kekasih

Baca Artikel Berkaitan: Bengang Disaman Kerana Tiada Lesen Memandu Kelas F, Backhoe Rempuh Kereta JPJ Hingga Terbalik [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.