Individu Lawan Arus Sebabkan Penungang Ducati Maut Jatuh ‘Flyover’ Diburu Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan individu yang menunggang motosikal melawan arus hingga menyebabkan kematian seorang penunggang Ducati di Kilometer 22.2 susur Hulu Klang, Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) semalam (14 Jun).

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 1 tengah hari itu, penunggang motosikal Ducati Panigale iaitu seorang warga emas berusia sekitar 60-an disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACPMohd Azam Ismail pihaknya menerima laporan berhubung insiden jam 1.10 petang, pada hari sama.

Siasatan awal mendapati Ducati Panigale yang ditunggangi oleh lelaki warga emas itu sedang melalui jalan selekoh di lokasi kejadian.

“Secara tiba-tiba, di hadapan mangsa didatangi sebuah motosikal dari arah bertentang di bahu sebelah kanan jalan.

“Justeru, penunggang motosikal Ducati yang cuba untuk mengelak kenderaan dari arah bertentangan berkenaan terus melanggar penghadang sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesan pelanggaran itu menyebabkan penunggang Ducati itu terhumban dan jatuh ke bawah pada ketinggian kira-kira 30 meter. Motosikal yang ditunggang mangsa pula terseret ke tengah jalan.

Mayat mangsa kemudiannya ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART) Sungai Klang.

Motosikal lawan arus lari dari tempat kejadian

Motosikal yang datang dari arah bertentangan itu kemudiannya meninggalkan tempat kejadian. Justeru tindakan untuk mengesan motosikal itu sedang dijalankan.

“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dikenal pasti dan akan diteliti dengan pihak Lebuh Raya SUKE dan saksi bebas kejadian sedang dikesan bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang memandu secara melulu dan menyebabkan kematian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi bebas yang menyaksikan kejadian boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348.

Video tular timbulkan kemarahan orang ramai

Terdahulu tular rakaman video memperlihatkan individu berkenaan melawan arus hingga mengakibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale gagal mengelak hingga merempuh penghadang jalan.

Impak pelanggaran menyebabkan mangsa terhumban ke bawah.

Penularan video tersebut mencetuskan kemarahan pengguna media sosial hingga ramai meminta individu berkenaan dikenakan hukuman berat kerana mengakibatkan kematian.

Pemandu lawan arus boleh dipenjara 5 taun dan denda tidak kurang RM5,000

Menerusi semakan kami, pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan dengan melawan arus trafik boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 serta tidak melebihi RM15,000.

Selain itu mereka yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan.

Baca artikel berkaitan:

.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

9 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

9 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

10 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

11 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

13 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

13 hours ago