Tular Lelaki Dipercayai Mabuk Belasah Pekerja Serbaneka Di Kajang, Siap Ajak Selfie Selepas Pukul [Video]

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan tindakan seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol membelasah seorang pekerja kedai serbaneka.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di Bandar Rinching, Kajang, Selangor semalam (19 Jun) itu gara-gara pekerja terbabit menegur lelaki itu kerana mengambil payung di premis berkenaan.

Mangsa berumur 17 tahun baru habis SPM dan kerja sambilan

Menurut bapa mangsa yang dikenali sebagai Shahrul Aminshah Aziz, anak lelakinya yang berusia 17 tahun itu bekerja sambilan di kedai terbabit selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ketika kejadian dua lelaki yang mabuk masuk ke premis dan cuba mengambil payung.

“Anak saya menegurnya namun kemudian ditumbuk salah seorang lelaki terbabit. Apa yang menjengkelkan adalah tindakan lelaki terbabit yang mengambil swafoto anak saya selepas ditumbuk,” katanya dipetik Harian Metro hari ini (20 Jun).

Mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Kajang kerana kecederaan di muka

Menurut lelaki berusia 40 tahun itu lagi, anaknya kini menerima rawatan di Hospital Kajang akibat kecederaan di bahagian muka.

“Laporan polis sudah dilakukan di Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut, saya mohon mana-mana individu yang mengenali lelaki ini tampil memberikan maklumat kepada polis,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya sedang mengesan suspek.

Tular video lelaki dipercayai mabuk pukul pekerja kedai serbaneka, kawan siap ajak selfie

Terdahulu, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan seorang lelaki dipercayai mabuk memukul seorang pekerja kedai serbaneka ketika dia datang ke premis berkenaan bersama seorang lagi kawannya.

Selepas kejadian itu, kawan lelaki terbabit sempat mengambil swafoto sambil tersenyum bersama mangsa yang sedang berdarah di hidung.

Penularan video dan gambar swafoto itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan individu berkenaan dan ingin pihak berkuasa segera mengambil tindakan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

45 mins ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

1 hour ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

3 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

4 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

5 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

5 hours ago