Bayi Lelaki Ditemui Masih Bertali Pusat Di Tepi Jalan Meninggal Dunia

Isu seperti bayi dijumpai di tepi jalan, masjid atau kawasan tersembunyi bukanlah suatu perkara yang janggal malah saban hari ada sahaja kes itu dilaporkan di dada-dada akhbar.

Apa yang lebih menyedihkan apabila terdapat beberapa kes di mana bayi tersebut tidak dapat diselamatkan disebabkan berada di dalam keadaan kritikal atau kesejukan kerana berada lama di luar.

Kisah tragis ini turut menimpa seorang bayi lelaki ini apabila dia ditemui di tepi jalan berdekatan tempat parkir sebuah pangsapuri di Kajang dalam keadaan masih bertali pusat, pada pagi semalam (20 Jun).

Bayi itu bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Hospital Serdang.

Bayi ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dan kritikal

Ketua Polis Daerah Kajang, Zaid Hassan memaklumkan laporan berhubung penemuan bayi lelaki itu telah dibuat oleh seorang lelaki berumur 51 tahun pada jam 7.07 pagi.

“Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui terbaring tanpa sebarang pakaian dan berada dalam keadaan kritikal sebelum dia dibawa ke Hospital Serdang. Tiada sebarang nota ditinggalkan ketika bayi ditemui.

“Pada jam 10.35 pagi, pihak hospital kemudian mengesahkan bayi tersebut telah meninggal dunia dan bedah siasat turut dijalankan,” jelasnya dipetik FMT.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan pengebumian atau membuang mayat kanak-kanak, sama ada mati sebelum kelahiran atau selepas.

Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Jelas Zaid, dia dalam masa sama meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu untuk membuat laporan di balai polis berdekatan atau menghubungi pengawai penyiasat Tasnim Nor di 014-6209960.

Baby Hatch tempat letak bayi lebih selamat

Untuk makluman, sebenarnya terdapat kewujudan pusat lindungan seperti ‘Baby Hatch’ bagi bayi yang tidak diingini.

Antara contoh ‘Baby Hatch’ yang ada adalah Orphancare yang beroperasi di tiga kawasan seperti Petaling Jaya, Johor Bharu, dan Sungai Petani.

Selain itu, pusat ini juga turut berkolaborasi bersama Hospital Pakar An-Nur di Bangi dan Hospital KPJ.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

5 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

7 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

8 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

9 hours ago