Kes Ebit Lew: Terdapat 936 Gambar Tangkap Layar Laman Web Lucah Dalam Telefon Dianalisis Polis

Saksi ketujuh dalam perbicaraan kes Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret Tenom, Sabah semalam (22 Jun) sebanyak 936 gambar tangkap layar mengenai sejarah melayari laman web berunsur lucah diperolehi hasil analisisnya daripada sebuah telefon bimbit.

Saksi ketujuh yang juga Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM), Latifah Abdul Aziz berkata daripada jumlah itu sebanyak 146 tangkap layar adalah berunsur lucah.

“Saya mohon merujuk gambar tangkap layar yang pertama dan terakhir, tempoh sejarah yang berjaya dikenal pasti bermula pada 14 Jun 2020 hingga 19 Ogos 2021,” katanya.

Saksi jalani analisis bagi sebuah lagi telefon bimbit, temui 8 imej berunsur lucah

Menurutnya, beliau juga diarahkan untuk menjalankan analisis bagi sebuah lagi telefon bimbit dan telah menemui lapan imej berunsur lucah.

Jelasnya, imej itu adalah daripada aplikasi perbualan WhatsApp dan mendapati hanya satu imej saja yang mempunyai penambahan pelekat aplikasi WhatsApp.

Rabu lalu (21 Jun), Latifah memberitahu mahkamah bahawa laman sesawang Pornografi itu diakses daripada aplikasi Google.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Ebit Lew: Terdapat Sejarah Layari Laman Web Lucah Dalam Telefon Dianalisis Polis

Peguam Ebit Lew bantah soalan dari pihak pendakwaan kepada saksi

Namun dalam prosiding semalam, peguam yang mewakili Ebit, Ram Singh telah membantah soalan daripada pihak pendakwaan kepada saksi mengenai sejarah carian menerusi Google.

Ram berpendapat bahawa tiada bukti dalam sejarah carian melalui Google bahawa sesebuah laman web sebenarnya dilawati sebagaimana dikatakan saksi.

Menurutnya lagi, terlalu banyak carian dibuat dalam telefon bimbit tersebut yang dianalisis saksi dan tidak relevan kepada pertuduhan.

Pihak pendakwaan ingin mengemukakan keterangan yang berkenaan dengan pertuduhan

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria pula berkata, pihak pendakwaan ingin mengemukakan keterangan yang berkaitan dengan pertuduhan merujuk kepada carian Google berunsur lucah pada tarikh pertuduhan.

Ujar Zahida, keterangan itu penting bagi menunjukkan perbuatan dan keadaan tertuduh pada tarikh berkenaan yang melayari laman web itu sebelum menghantar mesej berunsur lucah kepada pengadu.

Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual

Terdahulu, media melaporkan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, berdepan dengan 11 pertuduhan gangguan seksual membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp pada Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

9 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago