Jangka Tarik 800,000 Pelancong, MB Selangor Rasmi Taman Tema Air SplashMania

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari hari ini (2 Julai) merasmikan Taman Tema Air SplashMania di Bandar Gamuda Cove.

Taman tema yang merupakan terbesar di Asia dengan keluasan 18 ekar bakal menjadi salah satu destinasi pelancongan baru di negeri Selangor.

Kewujudan Taman Tema Beri Nafas Baru Kepada Selatan Selangor

Menurut Amiruddin, kewujudan taman tema milik Gamuda Land ini sedikit sebanyak membantu memperkenal dan menjadikan selatan Selangor sebagai salah satu lokasi tarikan yang menarik di negeri ini.

Malah ia juga sebagai salah satu usaha kerajaan negeri dalam membangunkan Wilayah Pembangunan Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS) sebagai sebahagian daripada Rancangan Selangor Pertama.

“Kedua-dua pembangunan ini menggalakkan pertumbuhan di bahagian utara dan selatan Lembah Klang. Dengan pelaburan syarikat dalam infrastruktur yang lebih mampan, ia telah memberi nafas baharu kepada persekitaran tempatan serta menjadi asas yang kukuh untuk pelaburan masa hadapan,” katanya.

SplashMania Telah Tarik Lebih 75,000 Pengunjung, Bantu Cipta Peluang Pekerjaan

Pada masa yang sama, menurut Pengerusi Gamuda Berhad Tan Sri Ambrin Buang, sejak pembukaan awal SplashMania pada Februari yang lalu, lebih 75,000 pengunjung telah hadir ke taman tema ini.

Baginya, kejayaan ini merupakan hasil kerjasama dengan semua pihak dalam menjayakan tarikan terbaru ekopelancongan serta mencipta peluang pekerjaan buat masyarakat setempat.

“Projek pembinaan dan pembangunan kami tidak hanya mengubah landskap fizikal negara, tetapi juga memainkan peranan penting dalam mencipta peluang pekerjaan. Dengan melabur dalam infrastruktur terkini, memperkasakan komuniti, membina ruang inovatif untuk perniagaan dan rekreasi, kami telah mencipta ekosistem yang dapat memacu pertumbuhan pekerjaan serta kemakmuran ekonomi,” kata beliau.

SplashMania dijangka akan menarik 800,000 pelancong tempatan dan antarabangsa pada setiap tahun.

SplashMania Tawar 24 Gelongsor Air Dengan 15 Tarikan

Dengan tema ‘When Natures Meet Fun’, SplashMania menawarkan 24 gelongsor air dan 15 tarikan yang boleh dinikmati oleh setiap pengunjung.

Antara tarikan yang dinantikan adalah Atlantik VR yang merupakan gelongsor air realiti maya yang pertama di Malaysia.

Malah, terdapat dua lagi tarikan tambahan terbaru iaitu gelongsor air Monsta dan Twista yang dilengkapi dengan kelajuan dan putaran yang tinggi yang pastinya mengujakan para pengunjung.

Foto:BK

Selain itu, terdapat juga tarikan lain seperti The Shaka Waka yang merupakan gelongsor air tertutup yang dilengkapi dengan kesan audio dan cahaya yang pastinya memberikan pengalaman unik kepada sesiapa yang mencubanya.

Untuk info, majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Berhad, Chu Wai Lune dan Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Selangor iaitu Tuan Hee Loy Sian serta tetamu kehormat yang lain.

Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air, Shila Amzah.

Barisan Tetamu Kehormat Majlis Perasmian SplashMania

Baca Artikel Berkaitan: Best Ke Taman Tema Air SplashMania? Ini Ulasan Kami

Baca Artikel Berkaitan: Gamuda Land Umum Pembukaan Taman Tema Air SplashMania Januari Tahun Depan

Recent Posts

  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

11 mins ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

2 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

3 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

4 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

4 hours ago
  • Trending

Angkat Takbir Sebut ‘Alalikabung’ Bukan ‘Allahu Akbar’ Apa Hukumnya? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, umat Islam yang mampu menyebut di dalam bahasa Arab (Allahu Akbar)…

5 hours ago