Isu Kekecohan Di KLIA: SPRM Buru Individu Minta ‘Duit Kopi’ RM18,000

Susulan daripada kekecohan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 30 Jun yang lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan sedang giat membuat siasatan terhadap dakwaan berlakunya rasuah yang berkait rapat dengan isu tersebut.

Menurut sumber, SPRM memandang serius terhadap dakwaan berkenaan isu rasuah yang dibangkitkan oleh seorang Menteri berhubung penahanan seorang pelancong China.

Siasatan Sedang Dijalankan, Buru ‘Orang Tengah’ Minta Duit Kopi RM18,000

Ketika ini, satu siasatan menyeluruh sedang dijalankan susulan daripada insiden tersebut. Malah, keterangan daripada tiga orang saksi yang terdiri daripada Menteri dan dua orang pegawai imigresen telah diambil bagi membantu siasatan.

“Beberapa orang pegawai imigresen yang terlibat akan dipanggil untuk diambil keterangan berhubung perkara ini pada hari ini (4 Julai),” kata sumber yang dipetik daripada Sinar Harian.

SPRM juga dikatakan sedang giat memburu individu dipercayai bertindak sebagai ejen yang meminta ‘duit kopi’ sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan isu pelancong China itu.

“Kami sedang giat mengesan individu yang merupakan ejen yang dikatakan telah meminta wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes terbabit,” ujarnya.

SPRM Mohon Orang Ramai Jangan Buat Sebarang Spekulasi

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan perkara itu dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Sekiranya didapati bersalah, individu boleh dikenakan penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Pada masa yang sama, beliau menggesa agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenan.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung isu kekecohan yang berlaku di KLIA pada 30 Jun yang lalu. Kekecohan itu dipercayai akibat daripada penahanan seorang pelancong China yang tidak mematuhi kriteria kemasukan yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Insiden itu mula mendapat perhatian orang ramai apabila Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing turut terlibat sama dalam insiden kekecohan tersebut.

Namun, beliau menjelaskan sedang membuat pemantauan dan mendakwa ada kegiatan rasuah yang berlaku dalam kalangan pegawai di lapangan terbang berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

13 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

13 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

15 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

15 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

17 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

17 hours ago