fbpx
Now Reading
Ramai Wanita Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak, Ada Cadangan Minta Kerajaan Buka Pusat Asuhan Bersubsidi

Ramai Wanita Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak, Ada Cadangan Minta Kerajaan Buka Pusat Asuhan Bersubsidi

Kadar yang dikenakan oleh pengasuh adalah berbeza mengikut tahap umur kanak-kanak yang perlu dijaga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, wanita juga keluar mencari rezeki sama seperti lelaki. Namun, buat wanita yang mempunyai anak-anak terutama anak kecil, sudah pastinya mereka terpaksa mengupah pengasuh untuk menjaga anak mereka semasa tempoh bekerja.

Namun, tidak semua mampu menanggung kos upah pengasuh. Ini kerana harga yang dikenakan pada masa kini semakin mahal terutama di bandar-bandar besar sehingga menyukarkan mereka untuk mengupah orang.

Kadar pengasuh adalah berbeza mengikut umur kanak-kanak berkenaan. Lazimnya, kumpulan bayi sehingga kanak-kanak yang berumur 3 tahun dikenakan kadar yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas.

Cadang Kerajaan Beri Subsidi & Wujudkan Pusat Jagaan Kanak-Kanak

Oleh kerana kos mengasuh yang semakin meningkat, ditambah dengan kos lain seperti kos perjalanan ke tempat kerja, lebih ramai wanita bekerjaya memilih untuk berhenti kerja.

Menurut Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Jumiah Jonid, kerajaan perlu membuka pusat jagaan kanak-kanak yang mengenakan yuran berpatutan bagi membantu golongan ini.

Inisiatif ini sekali gus dapat mengurangkan beban yang dihadapi oleh wanita bekerja dan sedikit sebanyak membantu golongan ini kembali semula ke pasaran buruh bagi menyumbang kepada ekonomi negara.

“Inisiatif ini dalam usaha membantu wanita dan menggalakkan wanita bekerja dapat meningkatkan ekonomi keluarga bagi menangani kos sara hidup semakin tinggi,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan perlu mewujudkan pusat asuhan dan memberi bantuan dalam bentuk subsidi terus kepada pusat asuhan berkenaan. Langkah ini pastinya dapat mengurangkan kos dan yuran akan menjadi lebih rendah.

“Bantuan daripada kerajaan itu diberikan terus kepada pusat jaga­an tersebut. Dengan cara itu, harga yuran akan menjadi lebih rendah dan pastinya sa­ngat bermanfaat kepada keluarga,” katanya lagi.

Beri Peluang Wanita Buka Pusat Asuhan

Tambah beliau lagi, golongan wanita juga perlu diberi peluang untuk mengusahakan pusat asuhan melalui insentif yang ditawarkan oleh kerajaan.

Namun, beliau berpendapat peluang ini perlu hadir dengan latihan persediaan agar kanak-kanak dapat diasuh oleh tenaga kerja yang profesional.

“Sesi bimbingan dan khidmat nasihat bagi proses penubuhan pusat jagaan kanak-kanak berlesen juga akan diberikan kepada pengusaha,” ujarnya.

Hasil tinjauan kami di Facebook mendapati kadar yang dikenakan oleh pengasuh bagi seorang bayi di kawasan Lembah Klang adalah sekitar RM450 ke atas.

Manakala, tinjauan menerusi laman web BabySits menunjukkan caj asuhan yang dikenakan adalah berdasarkan jam dengan kadar minimum RM20 sejam.

Kadar ini sudah pastinya membebankan ibu-ibu yang bekerja terutama jika mereka perlu menghantar kesemua anak kepada pengasuh untuk dijaga.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.