Wanita Buat Aksi ‘Superman’ & Zig Zag Di Lebuh Raya Tampil Serah Diri Pada Polis

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang video tular di media sosial memaparkan penunggang wanita yang melakukan aksi superman di sebuah lebuh raya.

Apa yang mencuri tumpuan, motosikal berkenaan tidak hanya dipandu dengan laju malah memotong kenderaan lain pada jarak yang dekat secara zig zag sambil diikuti oleh sebuah lagi motosikal di belakangnya.

Baca artikel berkaitan: Penunggang Motosikal Wanita Buat Aksi Superman Raih Tumpuan Ramai [Video]

Dua wanita buat aksi bahaya tampil serah diri

Terbaharu, dua wanita yang menunggang motosikal secara berbahaya dan melulu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara kawasan Behrang- Slim River telah tampil menyerahkan diri kepada polis, kelmarin (13 Julai).

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir memaklumkan kedua-dua penunggang motosikal itu telah berjaya dikesan dan mereka hadir menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Daerah Muallim pada pukul 9.10 malam untuk membantu siasatan.

Buat aksi superman dan zig zag ketika tiba di R&R Behrang

Dua individu yang berusia 18 tahun dan 21 tahun itu berasal daripada Pulau Indah, Selangor.

“Siasatan mendapati sekumpulan penunggang yang terdiri daripada dua wanita dipercayai dari arah Kuala Lumpur ke arah Ipoh melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

“Apabila tiba di kawasan rehat dan rawat (R&R) Behrang, mereka telah melakukan aksi berbahaya dengan cara meluruskan kaki ke belakang (superman) serta aksi zig zag ke kanan dan ke kiri jalan,” katanya.

Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987

Jelas Mohd Hasni, kes diklasifikasikan mengikut Seskyen 42 (1) APJ 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun jika sabit kesalahan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan perbuatan menunggang secara berbahaya di atas jalan raya kerana bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh membahayakan nyawa sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Lelaki Mabuk Ditahan Selepas Serang & Cuba Rampas Submesingan Anggota Polis Di Balai

Pergelutan yang berlaku semasa suspek ingin ditahan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian muka…

20 mins ago
  • Trending

“Tak Panas Ke”- Pasangan Kantoi Buat Aksi Jelik Di Atas Jalan

Tindakan tak senonoh pasangan itu yang dipercayai melakukan hubungan seks di atas jalan mengundang kecaman…

31 mins ago
  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

3 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

3 days ago