Hilux Terbabas & Terlanggar Pokok, Lelaki Maut 2 Hari Sebelum Pertunangan

Setiap yang menjalinkan hubungan percintaan pastinya inginkan ia berakhir dengan sebuah ikatan yang sah.

Namun hajat seorang lelaki, Mohd Khairulnizam Abdullah, 25, untuk melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia dalam satu kemalangan pada malam tadi (19 Julai).

Dalam kemalangan yang berlaku pada jam 9.40 malam di Kilometer 20.7 Lebuhraya Utara Selatan selepas lampu isyarat Asun di Jitra, Kedah bakal tunangnya, Nurul Syifa Ahmad Shukri, 26, dilaporkan terselamat.

“Mereka sepatutnya melangsungkan pertunangan esok tapi tak sangka kemalangan itu berlaku menyebabkan bakal tunang anak saudara saya meninggal dunia,” jelas Amri iaitu bapa saudara kepada Nurul Syifa, lapor Harian Metro.

Kereta terbabas sebelum terlanggar pokok dan terbalik

Difahamkan kenderaan Toyota Hilux yang dinaiki pasangan terbabit dari Bukit Minyak Pulau Pinang ke Kedah telah terbabas ke bahagian sebelah kiri lebuh raya sebelum ia terlanggar pokok lalu terbalik.

“Mereka dipercayai dalam perjalanan dari Bukit Minyak, Pulau Pinang kerana Nurul Syifa bekerja di sana untuk pulang ke rumahnya di Kampung Penia, Mukim Malau, Kedah.

“Saya difahamkan mereka singgah makan sebelum pulang ke rumah dan ketika kejadian hujan lebat.

“Segala persiapan untuk majlis pertunangan esok sudah dibuat namun kami sekeluarga reda.

“Nurul Syifa kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana mengalami kecederaan patah paha kanan serta luka di bibir serta telinga,” ujarnya selain memaklumkan arwah merupakan orang yang baik.

Hilang kawalan sebelum kenderaan langgar pokok dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Rodzi Abu Hassan dalam pada itu, memaklumkan semasa insiden berlaku awalnya pemandu berada di lorong sebelah kanan sebelum hilang kawalan secara tiba-tiba.

Kenderaan itu kemudian terbabas ke bahagian kiri dan melanggar beberapa batang pokok sebelum terbalik.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang hadapan dihantar ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Forensik Hospital Jitra untuk tujuan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.”

Berita mengenai kemalangan itu, turut dikongsi oleh adik arwah yang dikenali sebagai Zara Zoya.

“Orang baik ramai sayang. Allahuakbar ramai orang puji kebaikan hang abang, tunggu kami kat sana,” tulisnya.

Dia dalam masa sama turut berharap agar pasangan arwah abangnya kuat dalam menghadapi ujian tersebut.

Menerusi satu lagi perkongsian Zara, arwah difahamkan telah selamat dikebumikan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

21 mins ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

27 mins ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

2 hours ago
  • Trending

“Maaf Bukan Nak Kutuk” – Wanita Samakan Bau Laksa Sarawak Macam Jamu Jadi Perhatian [Video]

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam dan menganggap wanita tersebut tidak menghormati…

4 hours ago
  • Trending

Pelajar Terpaksa Duduk Atas Lantai, Dr Akmal Saleh ‘Sekolahkan’ Pegawai JAIM [Video]

Menurut Dr Akmal Saleh, peruntukan untuk menyediakan keperluan sekolah telah diperoleh JAIM sejak bulan 12…

4 hours ago
  • Trending

Apa Hukum Orang Islam Tak Peduli Hal Negara Seagama Yang Ditindas, Ini Respon UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sebagai umat Islam, kita haruslah hidup secara bersaudara untuk saling menguatkan…

4 hours ago