Jual Air Balang Guna Akuarium Adalah Dilarang & Satu Kesalahan – KP Kesihatan

Sejak akhir-akhir ini, tular satu hantaran memaparkan tindakan peniaga menjual air balang dengan menggunakan akuarium ikan.

Bukan hanya itu, peniaga berkenaan turut menggunakan pam akuarium yang membuatkan air di dalam bekas tersebut kelihatan mencurah seperti air terjun.

Seperti yang diketahui umum akuarium merupakan alat yang digunakan untuk membela haiwan air seperti ikan, udang dan sebagainya.

Malah akuarium itu sendiri bukan dalam kategori gred makanan yang sesuai digunakan sebagai bahan penyediaan makanan.

Penggunaan akuarium untuk jual ‘air balang’ adalah dilarang dan merupakan satu kesalahan

Susulan penular perkara itu Ketua Pengarah (KP) Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan memaklumkan alat yang bukan untuk kegunaan makanan seperti akuarium adalah dilarang untuk digunakan dan ia termasuklah untuk menjual ‘air balang’ kepada pelanggan.

Ujarnya, larangan tersebut termaktub dalam Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Dalam hal ini, adalah menjadi satu kesalahan apabila alat akuarium yang berfungsi sebagai bekas memelihara ikan dan bukan bertujuan untuk menyimpan makanan bagi tujuan jualan.

“Akuarium kebiasaannya diperbuat daripada bahan kaca atau acrylic atau plastik dan berkemungkinan mengandungi bahan kimia seperti plumbum atau phthalates, yang boleh larut dalam air seterusnya mencemarkan air sekali gus boleh mengakibatkan kesan kepada kesihatan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

KKM dan BKKM akan buat pantauan

Menurut beliau lagi, pemantauan juga akan dilakukan pihak Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) terhadap penjualan makanan dan minuman yang tidak menggunakan perkakas yang sepatutnya.

Malah turut memberi peringatan kepada para peniaga serta pengguna agar memandang serius isu berkenaan selain perlu memastikan makanan yang dijual adalah selamat dan berkualiti.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang atau Facebook BKKM.”

PHM dedah terdapat bahan-bahan kimia boleh menyebabkan kanser

Sebelum ini, Public Health Malaysia (PHM) turut memaklumkan bahawa penggunaan akuarium tersebut boleh menyebabkan kebocoran bahan kimia dari bahan akuarium (silikon) yang tidak selamat ke dalam makanan.

“Ada bahan-bahan kimia bahaya yang boleh menyebabkan kanser. Pam akuarium, lapisan dalam akuarium dan celah-celah akuarium sukar untuk dibersihkan. Ada risiko pertumbuhan bakteria dan kulat.”

Selain itu PHM turut berkongsi beberapa simbol yang menunjukkan sesuatu barangan atau perkakas itu mempunyai gred makanan.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

39 mins ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

1 hour ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

2 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Rupanya Ramai Baru Tahu Bunga Durian Boleh Makan, Uncle Ini Siap Ajar Cara Masak [Video]

Pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan bunga durian mengikut citarasa masing-masing.

4 hours ago