Polis Tahan Ibu & Kekasih Lepas Forensik Temui Kesan Dera Pada Mayat Kanak-kanak Lelaki 9 Tahun

Baru-baru ini, tular mengenai kisah kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun di sebuah rumah di Taman Panglima Assam Kumbang pada pagi semalam (30 Julai).

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlan Ab Hamid berkata, polis menerima maklumat mengenai kematian kanak-kanak itu pada jam sekitar 11 pagi.

“Pihak polis dan ambulans dari Hospital telah bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan kematian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Forensik D10 jalankan siasatan di tempat kejadian

Menurutnya, pihak forensik D10 Polis Diraja Malaysia Perak telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mayat kanak-kanak itu telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Jelas Razlan, pihak polis mengklasifikasikan siasatan awal sebagai kematian mengejut.

Forensik temui kesan penderaan pada mayat kanak-kanak lelaki tersebut

Terkini, Polis Taiping mengesahkan pihak forensik telah menemui kesan penderaan pada mayat kanak-kanak lelaki tersebut.

Kata Razlan, susulan penemuan daripada pihak forensik itu, ibu mangsa yang berusia 36 tahun serta teman lelakinya yang berusia 30-an telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

“Laporan forensik PDRM mendapati ada unsur penderaan kepada mangsa. Pihak polis percaya kes penderaan itu berlaku sejak Mac lalu.

“Ibu kanak-kanak itu mengalami masalah rumah tangga dan dalam proses penceraian dengan suaminya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (31 Julai).

Menurutnya lagi, siasatan kes tersebut masih diteruskan dan pasangan itu ditahan reman di Mahkamah Taiping hari ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago