Wang Simpanan Persaraan Milik Warga Emas Lebih RM500,000 Lesap Kena Scam Beli Kripto

Saban hari ada sahaja isu scam yang dilaporkan di negara ini. Meskipun pelbagai nasihat dan langkah pencegahan diuar-uarkan menerusi pelbagai media namun masih ada lagi yang menjadi mangsa.

Malah apa yang lebih teruk, scammer ini sentiasa mempunyai jalan atau taktik licik untuk terus memperdayakan mangsa.

Pesara kerajaan dan isteri kena tipu sindiket pelaburan tak wujud

Perkara ini sama seperti apa yang berlaku kepada seorang pesara kerajaan bersama isterinya apabila menjadi mangsa scam hingga menyebabkan wang simpanan serta persaraan bernilai RM542,172.20 habis lesap.

Hal itu selepas mangsa terpedaya dengan perlaburan tak wujud, sejak Januari lepas.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri warga emas tersebut telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak untuk membuat laporan tentang kejadian berkenaan pukul 4.43 petang (30 Julai).

Suspek tawar khidmat pembelian saham mata wang kripto

Menerusi siasatan awal yang dilakukan, warga emas berusia 70 tahun itu telah berhubung pemilik laman Facebook Najwan Islamic yang beralamat di Singapura menawarkan perkhidmatan pembelian saham mata wang kripto di Amerika Syarikat pada 8 Januari lepas.

“Pada 9 Januari lalu, mangsa memulakan pelaburan saham mata wang kripto berkenaan dengan membeli dua unit saham bernilai RM500 dan mangsa memasukkan wang itu ke dalam satu akaun bank tempatan.

“Suspek menyatakan mangsa akan mendapat wang pelaburan semula sebanyak RM4,950 iaitu untung sebanyak RM4,500 dalam tempoh satu hari iaitu pada hari yang sama,” ujar Mohd Yusri, dipetik Harian Metro.

Kononnya akan dapat keuntungan lebih besar jika duit tak dikeluarkan

Katanya, suspek turut memaklumkan kepada pesara berkenaan jika tidak mengeluarkan wang terbabit dia bakal mendapat keuntungan perlaburan yang lebih banyak dari masa ke semasa.

“Pada 10 Januari 2023, mangsa menghubungi suspek semula untuk bertanyakan berkaitan wang pelaburan dan diberitahu sudah mempunyai keuntungan sebanyak RM18,500.

“Bagaimanapun, mangsa diminta untuk membuat pelbagai bayaran kepada suspek bagi mendapatkan keseluruhan hasil pelaburannya.

“Bagi tempoh Januari hingga Julai 2023, mangsa membuat sebanyak 133 transaksi pindahan wang secara dalam talian ke dalam 39 akaun bank tempatan membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM542,171.20,” jelasnya.

Guna duit simpanan dan wang persaraan

Tambah beliau lagi, sepanjang tempoh berkenaan pasangan itu tidak mendapat bayaran daripada pelaburan yang dilakukan dengan menggunakan duit simpanan dan wang persaraan miliknya dan isteri.

“Mangsa meminta dipulangkan semula wang tetapi suspek memberi pelbagai alasan dan tidak lagi membalas mesej melalui aplikasi whatsapp.

“Mangsa yang berasa tertipu datang ke balai polis untuk membuat laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tambahnya lagi.

Recent Posts

  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

2 mins ago
  • Trending

Angkat Takbir Sebut ‘Alalikabung’ Bukan ‘Allahu Akbar’ Apa Hukumnya? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, umat Islam yang mampu menyebut di dalam bahasa Arab (Allahu Akbar)…

47 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Mahu Pertahan Diri, Daiyan Trisha Dedah Beri Sumbangan RM100,000 Untuk Palestin

Bagi Daiyan, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjuk dan menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

1 hour ago
  • Trending

Tersenarai Dalam ‘Blockout’, Nadhir Nasar Mohon Maaf & Beri Penjelasan

Menurut Nadhir, cubaan menamatkan kontrak sebelum tamat tarikh akan memberikan impak seperti denda, penalti wang…

2 hours ago
  • Trending

“Nak Try Je, Kawan Cakap Lepas” – Tular Wanita Didakwa Edit Resit, Cuba Tipu Peniaga Pasar Malam

Wanita itu berkata bahawa dia jarang berbuat demikian dan hanya ingin mencuba selepas salah sorang…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Hujan Lebat Punca Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar – Bomba

Menurut Sabarodzi, tiada mangsa yang terlibat dan tidak menyebabkan berlakunya banjir atau pemindahan penduduk setempat.

3 hours ago