PRN: Selesaikan Isu Air Antara Tawaran Manifesto PN Kelantan

Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum enam negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Susulan itu, sejak Sabtu lalu (29 Julai) kesemua parti-parti politik yang akan bertanding telah menghantar kertas penamaan calon kepada Pegawai Pengurus Suruhanja Pilihan Raya (SPR) di cawangan masing-masing dan sekaligus mula berkempen.

Rakyat di enam negeri ini pasti sedang memikirkan calon mana yang harus mereka undi. Antara perkara yang menjadi keutamaan dan dinilai sudah pasti manifesto-manifesto yang diberikan oleh sesebuah parti atau calon untuk rakyatnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: PRN: 100,000 Peluang Pekerjaan Bergaji Tinggi Antara Tawaran PH-BN Kepada Rakyat Selangor

Seperti parti-parti politik yang lain, Perikatan Nasional (PN) Kelantan juga menawarkan manifestonya kepada rakyat di negeri itu sekiranya mereka memenangi PRN ini.

Sediakan bantuan pemasangan paip AKSB kepada golongan B40

Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata parti itu  berjanji akan menyediakan bantuan pemasangan paip Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kali pertama kepada rakyat golongan B40.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan turut berharap tawaran itu dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Jenamakan semula AKSB dan tambah simpanan air projek TAPS

Selain itu, Ahmad berkata mereka juga akan menjenamakan semula AKSB serta menambah simpanan air dalam projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Machang.

“Tawarannya untuk beri kepada rakyat, semoga tawaran ini benar-benar kita dapat laksanakan dalam masa lima tahun akan datang.

“Kita beritahu kita nak buat, bukan cakap kosong. Benda tu (manifesto) benda betul, cuma bergantung kepada keupayaan kita,” katanya.

Menurut Ahmad lagi,  manifesto parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu telah berjaya diselesaikan sebanyak 98%.

Majlis Pelancaran Manifesto Kelantan libatkan 96 pengisian program

Terdahulu, PN Kelantan telah mengadakan Majlis Pelancaran Manifesto Kelantan di Dataran Majlis Daerah Tanah Merah pada Isnin lalu (31 Julai).

Manifesto yang bertemakan ‘Kelantan Maju, Rakyat Sejahtera’ itu antara lain melibatkan 96 pengisian program seperti program Pembangunan Sosioekonomi, Pembangunan Wanita dan Anak Muda, Pembangunan Insaniah, Pembangunan Pendidikan dan sebagainya.

Recent Posts

  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

33 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

18 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

18 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

19 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

19 hours ago