Tular Insiden Serang Guna Batang Besi, Suspek 45 Tahun Kini Ditahan Polis [Video]

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki botak cuba menyerang seorang lagi individu di Taman Danau Desa, Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Mynewshub, kelihatan lelaki botak berkenaan cuba untuk memukul individu berkenaan dengan menggunakan sebatang besi.

Individu itu bagaimanapun dilihat cuba untuk menyelamatkan diri agar tidak dipukul oleh lelaki botak terbabit sambil memegang seutas tali pinggang.

Malah turut kedengaran suara wanita yang meminta orang awam yang berada di persekitaran untuk membantu meredakan keadaan.

Polis cekup lelaki cuba pukul individu lain guna batang besi

Ekoran kejadian tersebut, pihak polis kemudian bertindak menahan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor menjelaskan polis telah mengesan video tular tersebut pada jam lebih kurang 12.15 tengah hari, 3 Ogos sebelum menerima laporan berhubung kes yang di buat oleh seorang lelaki tempatan.

“Kejadian dipercayai berlaku Isnin (31 Julai) lalu, lebih kurang 9.55 pagi di kawasan Taman Danau Desa dan suspek berusia 45 tahun ditahan pada keesokannya, Selasa (3 Ogos) lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata,” ujarnya lapor Harian Metro.

Suspek ditahan reman selama tiga hari

Jelasnya lagi, tahanan reman yang dikenakan terhadap individu terbabit di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi tempoh tiga hari yang diberikan oleh Majistret Kuala Lumpur.

“Kertas siasatan akan diedar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur untuk mendapatkan arahan lanjut,” ucap Amihizam.

Beliau dalam masa sama turut meminta agar masyarakat tidak melakukan sebarang spekulasi tentang rakaman yang tular itu.

Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

29 mins ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

1 hour ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

1 hour ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

2 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

2 hours ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

2 hours ago