fbpx
Now Reading
Majikan Wajib Pamer Kadar Upah, Elak Graduan Dibayar Gaji Rendah – Pakar Ekonomi

Majikan Wajib Pamer Kadar Upah, Elak Graduan Dibayar Gaji Rendah – Pakar Ekonomi

Langkah ini dilihat lebih telus dan memudahkan graduan untuk membandingkan tawaran pekerjaan sebelum membuat permohonan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu penawaran gaji yang rendah khususnya kepada graduan (graduan baharu) merupakan antara isu yang sering dibahaskan. Ini kerana kebanyakan graduan tidak dibayar dengan gaji setimpal yang sesuai dengan kelayakan mereka.

Keadaan ini juga dapat dibuktikan menerusi kenyataan yang dibuat oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bahawa gaji permulaan bagi individu lepasan ijazah di Malaysia tidak jauh beza dengan gaji minimum pekerja tidak mahir iaitu RM1,500 sebulan pada 4 Ogos yang lalu.

Cadang Kerajaan Wajibkan Majikan Pamer Kadar Upah

Ekoran daripada keadaan ini, Pengarah MBA Putra Business School (PBS) Prof. Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff mencadangkan agar kerajaan mewajibkan majikan baik di sektor awam mahupun swasta mempamerkan tangga gaji di ruang iklan.

Langkah ini dilihat lebih telus dan memudahkan graduan untuk membandingkan tawaran pekerjaan sebelum membuat permohonan.

“Saya mencadangkan supaya mewajibkan majikan sama ada di Kerajaan Pusat, negeri, badan berkanun dan swasta mempamerkan kadar gaji ditawarkan mereka kepada graduan supaya graduan ini dapat membanding jumlah gaji berkenaan.

“Jika ada majikan yang masih menawarkan gaji rendah, kita menyerahkan kepada permintaan dan penawaran. Maknanya, graduan boleh membuat pilihan dan memilih untuk makan gaji yang lebih tinggi,” kata beliau.

Cadang Wujudkan Portal Khas, Pamer Info Jawatan & Purata Kadar Upah

Beliau juga turut mencadangkan agar satu portal dalam talian diwujudkan khusus untuk paparan maklumat berhubung jenis jawatan dan kadar upah yang bersesuaian.

Portal itu juga boleh berfungsi sebagai rujukan kepada graduan untuk melihat kadar upah yang sesuai dengan jawatan yang dimohon sebelum melangkah masuk ke alam pekerjaan.

“Kita tidak mahu ada majikan yang masih ambil kesempatan tawar gaji yang rendah kepada graduan,” kata beliau.

Majikan Anggap Graduan Tidak Memiliki Kemahiran Yang Diingini

Pada masa yang sama, menurut pakar ekonomi Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, sikap segelintir majikan yang menganggap graduan tidak memiliki kemahiran yang diingini menjadi antara punca gaji yang ditawarkan adalah rendah.

“Dalam kalangan majikan, ada yang berasakan mereka banyak pilihan dan mereka berpandangan graduan tidak memiliki kemahiran diperlukan dan sebab itu mereka tawar gaji rendah kerana perlu memberikan semula latihan kepada graduan terbabit.

“Ini sebenarnya melawan arus kerana dalam kerjaya lain misalnya perubatan, walaupun masuk sebagai doktor pelatih, mereka tetap dibayar gaji sebagai pegawai perubatan kerana mereka melakukan pekerjaan yang sama,” kata beliau.

Terdahulu, Rafizi Ramli menzahirkan kebimbangan apabila melihat gaji permulaan bagi graduan tidak banyak beza dengan paras gaji minimum pekerja tidak mahir.

Beliau berkata, gaji permulaan graduan sepatutnya lebih tinggi untuk lepasan ijazah bagi menjarakkan kedudukan itu.

Namun, hasil dapatan awal statistik gaji menunjukkan gaji permulaan para graduan menyusut ke bawah, rapat kepada gaji minimum, RM1,500.

Baca Artikel Berkaitan: Tak Minat Kerja Hotel, Ada Orang Muda di Langkawi Pilih Untuk Jual Burger

Baca Artikel Berkaitan: Lama Berkelana Di Jepun, Lelaki Ini Terkejut Perbezaan Ketara Gaji Diantara Engineer Di Sana & Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Gaji Jurutera Tempatan Tak Berubah Sejak 20 Tahun Lalu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.