Sebuah pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dilaporkan terhempas di kawasan perumahan Elmina, Seksyen U16, Shah Alam sebentar tadi (17 Ogos).
Menerusi video yang tular di media sosial, insiden dipercayai berlaku berhampiran jejambat di Elmina Central Park, tidak jauh dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.
Difahamkan insiden tersebut turut melibatkan sebuah motosikal dan kereta yang sedang melalui kawasan itu.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan berkata, pesawat ringan yang dikendalikan Jetvalet Sdn. Bhd itu telah berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Subang pada jam 2:08 petang.
Kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Subang kemudiannya telah diberikan pada jam 2:48 petang. Namun pada jam 2:51, Pusat Kawalan Trafik Udara Subang terkesan kepulan asap dari kawasan kejadian namun tiada panggilan kecemasan yang dibuat dari kapal berkenaan.
Sehubungan itu CAAM telah melakukan siasatan berhubung insiden itu.
Menurut laporan Utusan, insiden dipercayai melibatkan 10 individu termasuk seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu kenderaan di kawasan terbabit.
Manakala baki adalah juruterbang, pembantu juruterbang dan penumpang pesawat berkenaan.
Namun Bomba mengesahkan penunggang motosikal dan pemandu kenderaan meninggal dunia selepas dirempuh pesawat tersebut dan baki mangsa juga turut dikhuatiri maut.
Pihak berkuasa kemudiannya mengesahkan 10 mangsa terkorban dalam insiden tersebut termasuk seorang kenamaan.
Memetik Harian Metro pula, VIP yang dimaksudkan adalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang dan juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Carian kami kemudian menemui satu posting dari Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang menggunakan gelaran Allahyarham pada seorang rakannya Datuk Seri Johari Harun yang juga Adun Pelangai dan Exco Pahang.
Ia sekaligus mengesahkan mangsa yang dimaksudkan adalah Johari Harun yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Bentong.
Pada petang ini, satu berita tergempar membabitkan nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam. Amat mendukacitakan apabila melibatkan seorang kawan saya, Allahyarham YB Dato’ Sri Johari Harun, EXCO Pahang yang juga ADUN Pelangai di bawah Parlimen Bentong. Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja 2 hari lepas, saya bersama Allahyarham Dato’ Sri Jo berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan direncenakan kelak.
Young Syefura
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudi turut mengesahkan perkara itu di laman Facebook miliknya.
ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…
Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…
Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…
Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…
Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…
Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…