Sultan Selangor Tegur Individu, Termasuk Ahli Politik Guna Kata Kesat & Biadap

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur tindakan segelintir individu dan pihak yang menggunakan kata-kata kesat serta biadap termasuk pemimpin politik.

Menurut Baginda, hal ini kerana terdapat beberapa insiden membabitkan penggunaan kata-kata kesat dan biadap yang dilemparkan oleh sesetengah individu, masyarakat dan ahli politik.

Sultan Selangor sentuh isu segelintir pemimpin politik heret institusi Raja ke dalam ceramah politik

Sultan Selangor turut menyentuh isu sikap segelintir pemimpin parti politik yang mengheret institusi Raja ke dalam ceramah mereka semasa berkempen.

“Keadaan yang berlaku ini menggambarkan terhakisnya rasa hormat segelintir ahli dan pemimpin politik terhadap Institusi Raja dan kesultanan Melayu yang menjadi payung kepada umat Islam, orang Melayu dan lain-lain bangsa.

“Sikap biadap mereka ini melangkaui batas-batas dan nilai keperibadian orang Islam dan Melayu yang sering dipelihara.

“Ingatlah jangan kerana kita menyangka bahawa kita cukup popular di kalangan rakyat sehingga bertindak memperlekehkan sesiapa yang tidak sehaluan dengan fahaman politik masing-masing, malah sanggup pula hadir ke negeri Selangor dengan melemparkan cacian melampaui batas.

“Ke mana hilangnya budi bahasa? Ini bukan budaya kita khususnya orang Melayu untuk menghina sesiapa pun khususnya di khalayak ramai. Peliharalah adab dan Susila kita apatah lagi apabila kita bertandang ke negeri atau rumah orang,” titah baginda dipetik Harian Metro.

Sultan Selangor bertitah demikian selepas menyempurnakan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan & Ikrar Aku Janji serta Pengurusan Surat Cara Pelantikan Exco Kerajaan Negeri di Istana Alam Shah, Klang hari ini (21 Ogos).

Sultan Selangor seru semua pihak memajukan kehidupan rakyat dan memakmurkan negara

Dalam pada itu, baginda juga menyeru semua pihak untuk menumpukan perhatian ke arah memajukan kehidupan rakyat dan memakmurkan negara selain berhenti budaya caci-mencaci yang boleh menjejaskan keharmonian

“Beta juga mengambil kesempatan di sini untuk menyeru kepada semua orang Melayu Islam di Selangor ini agar sentiasa mengelakkan perbalahan dan persengketaan sesame sendiri yang boleh membawa kepada perpecahan masyarakat Melayu Islam dan membawa imej yang buruk kepada kesucian agama Islam.

“Beta perhatikan, politik sudah banyak memecah-belahkan perpaduan kita sesama umat Islam dengan amalan fahaman politik sempit.

“Cukuplah apa yang telah berlaku. Kita perlu maju ke hadapan dan membawa perubahan kepada cara kita berpolitik dan berfikir,” titah baginda lagi.

Baginda doakan rakyat Selangor dijauhi musibah serta hidup harmoni

Berkongsi lanjut, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga mendoakan agar seluruh rakyat dijauhi sebarang musibah dan rakyatnya yang mempunyai pelbagai kaum dapat hidup dalam aman damai serta harmoni.

“Adalah menjadi harapan Beta agar negeri Selangor yang dikasihi ini akan terus maju dan kerajaannya konsisten di dalam menangani masalah rakyat dan melaksanakan segala aspirasi rakyat,” jelasnya.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

16 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago