fbpx
Now Reading
Mahkamah Tinggi Benarkan Syarikat Swatch Malaysia Cabar Rampasan Jam Tangan Koleksi ‘Pelangi’

Mahkamah Tinggi Benarkan Syarikat Swatch Malaysia Cabar Rampasan Jam Tangan Koleksi ‘Pelangi’

The Swatch Group (Malaysia) menyatakan rampasan jam tangan itu tidak sah kerana barangan itu bukan sebuah penerbitan yang boleh dilarang dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (23 Ogos), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan sebuah syarikat jam terkemuka The Swatch Group (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk mencabar tindakan pihak berkuasa yang merampas 172 jam tangan ‘pelangi’ koleksi Pride.

Difahamkan, jam tangan itu dikaitkan dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Hakim benarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman

Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan The Swatch Group (Malaysia) selaku pemohon.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Nizam Bashir yang mewakili The Swatch Group, manakala pihak Kerajaan pula diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Farah Shuhada Ramli.

The Swatch Group (Malaysia) dakwa rampasan jam tangan itu tidak sah

Pada bulan Jun lalu, syarikat berkenaan memfailkan permohonan semakan kehakiman atas alasan rampasan jam tangan itu tidak sah kerana barangan itu bukan sebuah penerbitan yang boleh dilarang dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

Syarikat itu menamakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan KDN, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga keempat.

Berdasarkan permohonan itu, pemohon menyatakan istilah penerbitan adalah merujuk kepada dokuman, surat khabar, buku atau sebarang bahan dalam bentuk bercetak berdasarkan akta itu.

Swatch Malaysia dakwa tindakan dilakukan atas motif politik

Selain itu, syarikan berkenaan juga mendakwa tindakan responden dilakukan atas motif politik yang tidak wajar selain mendakwa jam tangan yang disita tidak mempromosikan apa-apa gejala seksual, namun hanya ekspresi menyeronokkan tentang keamanan dan cinta.

Jelas Swatch sebagai pemohon lagi, jam tangan dari reka bentuk 2023 itu adalah satu daripada enam warna pelangi yang hanya kelihatan di sebahagian kecil gelung jam berkenaan.

Swatch mohon kembalikan jam tangan yang dirampas dan bayar ganti rugi RM64,795

Susulan itu, The Swatch Group (Malaysia) memohon satu perintah certiorari dan mandamus (tuntutan dan perintah) untuk membatalkan notis penyitaan dan mengembalikan jam tangan berkenaan berserta ganti rugi dengan anggaran RM64,795.

Terdahulu, media melaporkan pada 13 Mei dan 14 Mei lalu KDN telah menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch dan merampas 172 jam tangan Koleksi Pride yang mengandungi sembilan reka bentuk bertemakan pelangi yang dikaitkan dengan komuniti LGBT.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Rampas Jam Tangan Tema LGBTQ, Swatch Failkan Saman Terhadap Kerajaan Malaysia

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.