Hamzah Sahkan Akaun Bank Miliknya & Isteri Dibeku, Percaya Ia Ada Campur Tangan Politik

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendedahkan akaun bank miliknya dan isteri telah dibekukan oleh pihak berkuasa.

Hamzah menerusi satu kenyataan berkata, dia percaya perkara itu mungkin disebabkan adanya tekanan dan campur tangan pemimpin politik tertinggi dalam kerajaan sehingga ia tersebar kepada media.

“Satu taktik kotor kerajaan untuk tekan PN” – Hamzah

“Pembekuan ini, yang kemudiannya disebarkan kepada media merupakan usaha terdesak kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim untuk terus menekan pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang semakin mendapat kepercayaan rakyat. 

“Ia juga satu taktik kotor berterusan bagi mencipta persepsi buruk terhadap PN terutamanya selepas sokongan majoriti rakyat beralih kepada parti ini apabila memenangi 146 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan yang turut dikongsikan di Facebook.

Malah Hamzah mendakwa pembekuan ini sama dengan apa yang menimpa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kesnya tempoh hari.

“Pendakwaan politik ini samalah dengan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin, di mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara diperalatkan bagi mencipta fitnah terhadap pemimpin PN tetapi akhirnya Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan empat pertuduhan kerana CACAT, TIDAK BERASAS, KABUR dan TIDAK SELARAS dengan Kanun Tatacara Jenayah. Hakim juga memutuskan bahawa pendakwaan tersebut adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.”

Media laporkan akaun Hamzah dibeku LHDN

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, akaun milik Hamzah serta ahli keluarga terdekatnya telah dibekukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut sumber kepada Sinar, pihaknya tidak merasakan ia bukan sesuatu yang mengejutkan langsung dan pernah dilaporkan sebelum ini.

“Ini bukan sesuatu yang mengejutkan dan memang Hamzah menjadi sasaran politik,” kata sumber.

Memetik BH pula, pembekuan yang berlaku sejak Rabu (23 Ogos) itu merupakan sebahagian daripada proses siasatan yang sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hamzah berhubung kes rasuah RM15 juta.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

6 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

7 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

8 hours ago