fbpx
Now Reading
Tular Wanita Menari Separuh Bogel Di Bukit Bintang, DBKL Beri Notis Kompaun & Arah Tutup Serta-Merta

Tular Wanita Menari Separuh Bogel Di Bukit Bintang, DBKL Beri Notis Kompaun & Arah Tutup Serta-Merta

Menurut DBKL, siasatan mendapati kedai berkenaan mempunyai lesen komposit kedai runcit/ serbaneka/ pasar mini (barangan kering sahaja) bagi menjalankan aktiviti pasar raya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial video sekumpulan wanita berpakaian separuh bogel sedang menari di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian klip yang sohor di media sosial itu, kelihatan beberapa wanita dengan berpakaian menjolok mata sedang menari diiringi lagu di hadapan sebuah kedai di kawasan terbabit.

Difahamkan, trend menari yang digelar sebagai ‘Ki Dance Re Vhai’ itu merupakan antara persembahan sempena sebuah acara yang berlangsung di kawasan tersebut.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Macam Tak Percaya Ni Dekat KL” – Aksi Wanita Menari Separuh Bogel Undang Perhatian Ramai [Video]

DBKL beri notis kompaun & arah kedai tutup serta-merta

Terbaharu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberi notis kompaun dan arahan penutupan serta merta terhadap kedai terbabit yang menganjurkan majlis upacara tarian berkenaan.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook DBKL semalam (27 Ogos), pihaknya telah menjalankan satu tindakan khas di premis tersebut pada 23 ogos lalu.

Menurutnya, siasatan mendapati kedai berkenaan mempunyai lesen komposit kedai runcit/ serbaneka/ pasar mini (barangan kering sahaja) bagi menjalankan aktiviti pasar raya.

“Bagaimanapun, premis tersebut dikendalikan oleh empat orang pekerja warga asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah. Dua daripadanya adalah warganegara Bangladesh dan dua lagi merupakan warga negara Iran.

“Oleh itu, DBKL mengeluarkan satu notis kompaun kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah dan satu notis kompaun kerana menjalankan aktiviti selain yang dilesenkan,” katanya.

Premis diarah tutup kerana dikendali oleh warga asing

Menurutnya lagi, premis tersebut juga diarahkan tutup dengan serta-merta kerana dikendalikan oleh bukan warganegara.

Berkongsi lanjut, DBKL memaklumkan tarian separuh bogel yang dilakukan oleh sekumpulan wanita itu adalah sempena dengan sambutan ulang tahun premis berkenaan

Difahamkan, perkara itu dimaklumkan oleh pekerja premis itu kepada pihak DBKL.

Video tular wanita menari separa bogel terima kecaman ramai

Terdahulu, video tular sekumpulan wanita menari separa bogel di kawasan awam itu mendapat kecaman ramai.

Rata-rata pengguna media sosial mempersoal bagaimana tarian dengan berpakaian sebegitu boleh diadakan.

Bagaimanapun, semakan kami mendapati hantaran asal video tersebut di laman TikTok telahpun dipadam.

Ia bagaimanapun telah sohor di semua platform media sosial.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.