Tiga Beranak Ditemui Mati Dalam Bilik Sewa, Pintu & Tingkap Ditutup Rapat Dengan Pita Pelekat

Sejak semalam (7 September), tular mengenai berita penemuan mayat tiga beranak di dalam sebuah bilik.

Mayat wanita yang juga seorang jurujal bersama dua anaknya itu ditemui mati di dalam bilik tidur utama di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang, Selangor.

Pasukan forensik dapati pintu bilik dan tingkat ditutup dengan pita pelekat

Terbaharu, pemeriksaan pasukan patologi forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, mendapati keseluruhan ruang pintu dan tingkap bilik berkenaan ditutup rapat dengan pita pelekat.

Pasukan forensik juga menemukan satu bekas arang dan pencucuh api yang diletakkan di bawah sofa di dalam bilik berkenaan dan tempoh kematian ketiga-tiga beranak itu dipercayai melebihi 24 jam

Siatan diteruskan untuk kenal pasti motif kejadian

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, siasatan berhubung kejadian itu akan diteruskan untuk mengenal pasti motif serta mengesan sebarang unsur jenayah sekiranya ada berkaitan kesemua mangsa.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan berhubung penemuan mayat tiga beranak itu pada jam 7.31 pagi semalam daripada seorang lelaki tempatan.

Beliau berkata, Polis Kontinjen Selangor mengesahkan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat kematian di lokasi terbabit.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat tiga mayat iaitu satu mayat wanita dewasa berusia 42 tahun, satu mayat remaja perempuan dan satu mayat remaja lelaki masing-masing berumur 14 dan 15 tahun. Kesemua mayat ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap,” katanya dalam satu kenyataan semalam (7 September).

Menurutnya lagi, turut dijumpai di lokasi kejadian ialah sampul surat berisi surat wasiat dan sejumlah wang tunai.

Jiran mangsa tidak mendengar atau melihat wujud pergaduhan dalam keluarga itu

Jiran mangsa yang dikenali sebagai Rina berumur 37 tahun berkata sebelum ini keluarga itu dilihat seperti biasa dan tidak pernah melihat atau mendengar sebarang pergaduhan.

“Saya hanya menyedari kejadian itu apabila ingin keluar bekerja pagi tadi dan melihat ramai anggota polis serta unit forensik di lokasi kejadian namun tidak menyangka sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Terkejut jugalah bila dapat tahu daripada jiran mengenai kejadian ini. Saya tak sangka ia boleh berlaku sebab sebelum ini, keluarga mangsa nampak okey sahaja,” katanya kepada BERNAMA dipetik Berita Harian.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago