“Saya Pegang Pen, Saya Bukan Kaki Merokok” – Ahli Parlimen PN Nafi Hisap Vape Dalam Dewan

Baru-baru ini, tular di media sosial video kekecohan dalam Dewan Rakyat semasa sesi Penggulungan Usul Kajian Separuh Penggal RMK-12 yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kekecohan pada 19 September itu berakhir apabila kebanyakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sepakat untuk mengambil tindakan meninggalkan Dewan Rakyat berikutan Speakar, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Muhd Radzi Jidin untuk keluar daripada dewan berkenaan.

Bagaimanapun, tular pula gambar yang menunjukkan seorang Ahli Parlimen PN seakan sedang menghisap vape semasa ingin keluar daripada dewan terbabit menerusi satu ciapan di akaun Twitter @sadiqasyraf, seorang jurufoto di Dewan Rakyat.

Ikmal Hisham nafi hisap vape, dakwa hanya pegang pen

Menurut FMT, Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz selaku individu di dalam gambar tular terbabit menafikan dirinya menghisap vape pada ketika itu.

Ikmal sebaliknya mendakwa apa yang dipegang olehnya pada ketika itu hanyalah sebatang pen.

“Semua orang tahu saya bukan kaki merokok, duduk sebelah orang merokok pun saya tak tahan, apatah lagi merokok, hisap vape jauh sekali,” katanya.

Ikmal sedia beri penjelasan berhubung dakwaan itu

Pada masa sama, Ikmal juga bersedia untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan itu memandangkan ramai orang tahu bahawa dirinya bukanlah seorang perokok.

“Saya boleh memberikan penjelasan, tak ada isu, satu Parlimen Tanah Merah tahu saya bukan perokok, dan saya menyokong (usul pernah dibawa bekas menteri kesihatan) Khairy Jamaluddin berkaitan had umur 17 tahun tidak boleh membeli rokok, saya sokong 100%,” katanya lagi.

Speaker akan hantar surat kepada Ikmal untuk tuntut penjelasan

Sementara itu, Speaker Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau akan menghantar surat kepada Ikmal bagi menuntut penjelasan.

Kata Johari, jika didapati bersalah Ikmal boleh dikenakan tindakan bawah Peraturan Mesyuarat 41(D) iaitu seseorang ahli tidak boleh merokok di Dewan Mesyuarat.

Radzi Jidin tidak berpuas hati dengan kenyataan Anwar dan minta untuk ditarik balik

Terdahulu, kekecohan di dalam Dewan Rakyat tercetus apabila Radzi Jidin tidak berpuas hati dengan kenyataan Anwar terhadapnya yang didakwa sebagai sangkaan jahat.

Anwar ketika menjawab mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menyentuh Putrajaya pernah buat perkara sama semasa pentadbiran terdahulu.

Susulan itu, Radzi bangkit dan meminta Speaker, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu menarik balik kenyataannya.

Recent Posts

  • Trending

Kabinet Setuju Laksana Penyasaran Subsidi Bahan Api Diesel – PMX

Tambah Anwar lagi, golongan yang tidak mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi ini adalah T20 dan…

11 hours ago
  • Trending

1 Maut & 30 Cedera, Penerbangan Singapore Airlines Alami Gelora Udara

Penerbangan Singapore Airlines SQ321 yang terbang dari London ke Singapura terpaksa dilencongkan ke Bangkok.

13 hours ago
  • News
  • Trending

Penduduk Bimbang Selepas Serangan Balai Polis Ulu Tiram, MAINJ Pertimbang Robohkan Madrasah Luqmanul Hakim

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…

16 hours ago
  • Trending

“Moga Cepat Kaya” – Pemilik Rumah Disindir Kerana Mahu Sewakan Ruang Tamu Dengan 1 Katil Pada Harga RM170

Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…

16 hours ago
  • Trending

Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Semasa Buat Pemeriksaan [Video]

Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…

16 hours ago
  • Trending

“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…

17 hours ago