fbpx
Now Reading
Selepas CIMB & Public Bank, Maybank Pula Umum Pengecualian Caj QR Duitnow

Selepas CIMB & Public Bank, Maybank Pula Umum Pengecualian Caj QR Duitnow

Kenyataaan ini dikeluarkan selepas pengendali QR Duit Now, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan aplikasi itu akan mula mengenakan caj kepada penggunanya bermula 1 November ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Maybank semalam (28 September) mengumumkan akan melanjutkan pengecualian caj ke atas vendor yang menerima pembayaran menggunakan platform kod QR Duitnow.

Pengumuman ini dilakukan selepas Public Bank melakukan perkara sama pada awal paginya.

Maybank dalam satu kenyataan di laman sesawang mereka berkata, pihaknya tiada rancangan untuk mengenakan fi transaksi ke atas vendor yang menggunakan kemudahan itu buat masa ini.

“Kami ingin memaklumkan bahawa Maybank tidak melaksanakan sebarang fi berhubung Duitnow QR, sehingga diberitahu kelak.

“Yang pasti, semua peniaga boleh terus menggunakan pembayaran QR Duitnow tanpa caj, sama seperti yang diamalkan sekarang. Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal kepada peniaga,” kata Maybank.

Public Bank sebelum ini turut mengumumkan pihaknya akan terus melanjutkan pengecualian kadar diskaun pedagang (MDR) sehingga “diberitahu kelak”. CIMB pula berkata ia akan mengecualikan caj berkenaan sehingga akhir tahun ini.

Kenyataan-kenyataan ini dikeluarkan selepas pengendali QR Duit Now, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan aplikasi itu akan mula mengenakan caj kepada penggunanya bermula 1 November ini.

Namun menurut PayNet, merchant discount rate (MDR) atau caj kadar diskaun pedagang itu yang dikenakan kepada vendor atau ‘peniaga’ bukanlah satu perkara yang baharu.

Sebaliknya ia diketepikan (waiver) dan diberi pengecualian bagi sewaktu mekanisme pembayaran berkenaan diperkenalkan pada 2019 bagi menggalakkan orang ramai menggunakannya.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.