Warga Emas Dibiarkan Terbaring Bersama Tilam Penuh Najis Di Pasar Di Kelantan

Seorang lelaki warga emas dibiarkan dalam keadaan terlantar bersama tilam yang dipenuhi najis sejak lebih dua minggu lalu di Pasar Wakaf Che Yeh, Kota Bahru, Kelantan.

Seorang peniaga pasar berkenaan, Hasawadi Ramli berkata, warga emas berusia lingkungan 60-an itu dipercayai ditinggalkan individu tidak dikenali.

Warga emas dibiarkan terlantar di atas tilam nipis

Menurutnya, warga emas itu hanya ditinggalkan dengan satu tilam nipis yang menjadi tempatnya untuk tidur.

Foto: NSTP via Buletin TV3

“Akibat ditinggal lama, tilam berkenaan dipenuhi dengan najis memandangkan lelaki itu tidak boleh bergerak.

“Saya dan peniaga lain hanya mampu memberikan makanan kepadanya dan tidak boleh berbuat apa-apa kerana tidak mengenalinya. Sebab lama ditinggalkan, tilamnya penuh dengan najis.

“Perkara ini membuatkan pembeli pasar ini tidak selesa kerana bau kurang menyenangkan. Cuti sekolah juga sudah bermula jadi kunjungan orang ramai ke pasar ini akan bertambah berbanding sebelum ini,” katanya dipetik Buletin TV3.

Telah buat aduan tapi belum ada tindakan diambil

Jelas Hasawadi lagi, dia juga telah membuat aduan kepada beberapa pihak untuk membantu warga emas itu namun setakat ini tiada tindakan diambil lagi.

“Saya harap pihak bertanggungjawab datang membantu warga emas ini kerana dia tidak boleh bergerak,” katanya lagi.

Pelbagai pihak beri berkhidmatan sokongan kepada warga emas

Untuk info, warga emas yang terabai perlu diberikan sokongan dan bantuan kerana mereka juga mempunyai hak untuk menikmati kualiti hidup yang baik dalam masyarakat.

Terdapat pelbagai pihak yang memberikan perkhidmatan sokongan kepada golongan ini termasuklah pihak kerajaan, badan bukan kerajaan ataupun pihak swasta.

Antara kemudahan-kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh mereka adalah seperti:

  1. Pusat Jagaan
  2. Pusat Jagaan Harian
  3. Bantuan Kewangan Sara Hidup
  4. Kemudahan Perubatan

Di Malaysia terdapat tiga badan yang mengendalikan pusat jagaan untuk warga emas terabai iaitu badan kerajaan, badan bukan kerajaan dan badan swasta.

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengendalikan pusat-pusat jagaan seperti Rumah Seri Kenangan untuk warga emas yang terbiar dan Rumah Ehsan untuk warga emas terbiar yang sakit terlantar.

Rujuk cara untuk mengantar warga emas terbiar ke Rumah Seri Kenangan di sini.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 hour ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

22 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

22 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

22 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

23 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

23 hours ago