fbpx
Now Reading
“Selangor Dah Bye Bye” – Ustaz Abdullah Khairi Dedah Tauliah Mengajar Dari MAIS Ditarik

“Selangor Dah Bye Bye” – Ustaz Abdullah Khairi Dedah Tauliah Mengajar Dari MAIS Ditarik

Bagaimanapun, surat tersebut tidak menjelaskan sebab mengapa tauliah Ustaz Abdullah Khairi yang masih berbaki sehingga 31 Disember 2024 itu ditarik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar agama Islam yang diberikan kepada pendakwah terkenal, Abdullah Khairi Haroon berkuat kuasa pada 27 September lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Abdullah Khairi menerusi hantaran di laman Facebook miliknya yang disertakan dengan surat penarikan tauliah pada tarikh 3 Oktober lalu.

Penarikan tauliah mengajar diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS

Berdasarkan surat itu, penarikkan tauliah beliau mengajar di Selangor diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS yang bersidang pada 27 September.

Sehubungan itu, MAIS berkata Abdullah Khairi perlu berhenti daripada menjalankan apa-apa ceramah umum atau mengajar perkara tentang agama Islam dalam negeri Selangor.

“Pihak Tuan juga dikehendaki menyerahkan Kad Identiti Tauliah kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat ini,” menurut kenyataan surat berkenaan.

Abdullah Khairi akan kena tindakan sekiranya masih mengajar agama Islam di Selangor

Abdullah Khairi juga akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sekiranya didapati masih mengajar agama Islam di negeri berkenaan.

Bagaimanapun, surat tersebut tidak menjelaskan sebab mengapa tauliah Abdullah Khairi yang masih berbaki sehingga 31 Disember 2024 itu ditarik.

Surat itu hanya menjelaskan bahawa beliau boleh membuat rayuan secara bertulis terhadap keputusan Jawatakuasa Tauliah MAIS dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat itu diterima.

Abdullah Khairi tetap panjat rasa syukur kepada Allah SWT

Sementara itu, Abdullah Khairi tetap memanjatkan kesyukuran terhadap Allah SWT di atas segala situasi yang dihadapi olehnya.

“Alhamdulillah! Ala kuli halin… Selangor dah bye bye…!!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Abdullah Khairi terima tauliah mengajar di Selangor sejak tahun 2013

Dalam satu lagi hantaran berbeza pula, Abdullah Khairi menyatakan dia telah menerima tauliah mengajar agama Islam di negeri Selangor sejak tahun 2013, namun ditarik hanya kerana didakwa tidak sebulu.

“Aku ikut hampa (korang)! Tauliah dari 2013 hampa tak kacau pun! Bila aku tak ngam dengan hampa terus tarik balik! Bangga lah geng hampa,” tulisnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.