Bengang Selalu Kena Perli Punca Lelaki Letupkan Bom Depan Rumah Jiran Di Pulau Pinang

Sebelum ini, media melaporkan dua pekerja kilang ditahan kerana dipercayai membuat bom buatan sendiri serta menyimpannya di dalam sebuah rumah di Taman Pandan, Butterworth, Pulau Pinang.

Difahamkan mereka yang merupakan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing ditahan di Mak Mandin, Butterworth selepas pihak berkuasa menerima laporan daripada seorang wanita yang menemui satu bungkusan mencurigai di kawasan flat berkenaan.

Laporan itu dibuat selepas berlaku insiden letupan pada 12.56 tengah hari, 8 Oktober lalu di depan sebuah rumah di kawasan sama, lapor Astro Awani.

Hasil pemerikasaan polis mendapati bahan letupan itu merupakan ‘improvised explosive device (IED).

Lelaki letupkan bom sebab bengang selalu kena perli

Terbaharu, polis memaklumkan suspek lelaki yang meletupkan bahan terbabit di hadapan rumah jirannya berbuat demikian kerana berang dengan keluarga berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, suspek mendakwa jirannya itu yang juga seorang warga emas kerap memerlinya.

“Suspek mendakwa jirannya selalu perli dirinya dan sebab itu bertindak meletupkan bahan itu bagi menakutkan serta memberi amaran kepada jiran berkenaan.

“Suspek meletakkan bahan letupan terbabit di hadapan rumah jirannya di tingkat empat Flat Taman Pandan itu sebelum meletupkannya sehingga menyebabkan bahagian jeriji besi pintu rumah dan koridor di situ rosak akibat letupan itu,” ujarnya, lapor Bernama.

Namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku kepada penghuni rumah bekenaan.

Selain buat IED, polis turut rampas pistol buatan sendiri serta kerambit

Siasat lanjut terhadap suspek berusia 32 tahun bagaimanapun sedang dilakukan untuk mengetahui adakah lelaki itu terlibat dengan jenayah lain.

Ini kerana selain membuat bahan letupan sendiri, pihaknya turut berjaya merampas pistol buatan sendiri serta kerambit dari suspek.

“Siasatan terperinci termasuk membabitkan pasukan polis dari Bukit Aman (ke sini) sedang dijalankan bagi mengenal pasti latar belakang lelaki itu dan sejauh mana dia mempunyai kemahiran untuk menghasilkan bahan letupan terbabit sama ada untuk jenayah atau dijual kepada sesiapa.”

Ujarnya buat masa ini, lelaki itu membuat bahan letupan itu secara sendirian selain tidak terlibat dengan sebarang sindiket jenayah.

“Kami juga sedang jalankan siasatan lanjut terhadap rakan serumahnya iaitu wanita warga Indonesia berusia 38 tahun yang ditahan bersama lelaki berkenaan,” jelasnya lagi.

Terdahulu suspek mengakui dia belajar membuat bahan letupan menerusi laman YouTube manakala bahan-bahan bagi menghasilkan bom IED itu dibeli secara online.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

3 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

3 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

4 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

5 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

6 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

7 hours ago