fbpx
Now Reading
Ebit Lew Dapat Perintah Injuksi, Mahkamah Arah Caprice & Mondy Padam Video Podcast

Ebit Lew Dapat Perintah Injuksi, Mahkamah Arah Caprice & Mondy Padam Video Podcast

Hasil semakan kami menerusi laman YouTube dan akaun Instagram milik penyanyi tersebut mendapati video temubual di antara Caprice dan Mondy masih ada di platform berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masihkah anda ingat dengan kemelut yang melanda di antara tiga pihak iaitu pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL), penyanyi rap Caprice serta TikToker terkenal Indonesia Mondy Tatto pada bulan lepas?

Segalanya bermula apabila satu pendedahan dibuat oleh Caprice bersama Mondy mengenai UEL menerusi video podcast The Mondy Tatto Interview pada 11 September yang lalu.

Video itu nyata mencetuskan perbalahan di antara ketiga-tiga pihak sehingga menyebabkan UEL membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah terhadapnya pada 18 September 2023.

Baca Artikel Berkaitan: “Ia Tiada Asas”- Ebit Lew Buat Laporan Polis, Dakwa Difitnah Melampau

UEL Peroleh Perintah Injuksi Interim (Sementara), Arah Caprice & Mondy Henti Keluar kenyataan dan Padam Video Berkaitan

Terbaharu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berjaya memperolehi perintah injuksi interim (sementara) daripada Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

Perintah yang dikeluarkan pada 5 Oktober itu menyatakan Caprice dan Mondy dihalang daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan reputasi UEL, keluarga dan rakan-rakannya.

Malah, perintah tersebut turut mengarahkan Caprice dan Mondy memadam video rakaman yang mempunyai kaitan dengan UEL di laman sosial youtube dan Instagram milik penyanyi rap itu.

Kesemua video dan rakaman perlu dipadam dalam tempoh 24 jam selepas perintah injuksi sementara itu dikeluarkan.

Hasil semakan kami menerusi laman YouTube dan akaun Instagram milik penyanyi tersebut mendapati video temubual di antara Caprice dan Mondy masih ada di platform berkenaan.

Foto: Tangkap Layar Akaun YouTube Caprice
Foto: Tangkap Layar Akaun Instagram Caprice

Ebit Lew sebelum ini telah memfailkan saman fitnah terhadap Caprice dan Mondy menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 22 September yang lalu.

Dia sebagai plaintif mendakwa Caprice yang merupakan defendan pertama secara jahat telah menerbitkan video tersebut tanpa pengesahan daripada diri dan peguamnya.

Malah, rakaman video itu turut membawa maksud bahawa dia telah melakukan gangguan seksual dan mengambil kesempatan terhadap Mondy serta turut dianggap sebagai individu yang tidak bertanggungjawab dan penunggang agama.

Ebit Lew turut mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Caprice dan Mondy yang juga defendan kedua mengandungi unsur fitnah sehingga menyebabkan banyak komen negatif, cacian dan makian dibuat oleh pengikut akaun YouTube penyanyi rap itu.

Ebit Lew Turut Tuntut Permohonan Maaf & Permohonan Ganti Rugi

Selain daripada perintah injuksi kekal terhadap kedua-dua defendan, UEL turut memohon Caprice dan Mondy membuat permohonan maaf yang perlu disiarkan di semua laman sosial dalam tempoh 48 jam selepas kedua-dua mereka diserahkan dengan perintah termeterai.

Dia juga turut memohon ganti rugi am, teladan, pampasan, kos dan relif-relif lain yang akan ditasir dan dirasakan sesuai oleh mahkamah.

Terdahulu, menerusi saman fitnah yang difailkan oleh UEL, dia mendakwa mula mengenali Mondy atau nama sebenarnya Dita Restu Amanda pada 7 Jun yang lalu sewaktu menjalankan aktiviti kemanusiaan di Jakarta, Indonesia.

Semasa perjumpaan tersebut, Mondy memperkenalkan diri sebagai ibu tunggal dan gelandangan. Mondy kemudiannya telah datang ke Malaysia bagi mendalami ilmu agama Islam di Ma’ahad Ad-Dirasaatil Islamiyyah, Sri Petaling pada 12 Jun 2023.

Namun, wanita itu dikatakan tidak meneruskan pembelajaran dan mengambil keputusan pulang ke Indonesia pada Julai yang lalu.

Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Percaya Ke?”- Netizen Ragu-Ragu Dengan Pendedahan Mondy Tatoo Tentang ‘Ustaz’ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Ebit Lew, Cepat Sikit Hantar Surat Saman Tu” – Caprice

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.