Najib & Anak Gagal Dalam Rayuan, Mahkamah Arah Bayar Tunggakan Cukai RM1.7 Bilion Kepada LHDN

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin perlu membayar lebih RM1.7 bilion tunggakan cukai, bagi tahun 2011 hingga 2017 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Keputusan itu diperoleh selepas lima panel Mahkamah Persekutuan pada hari ini (16 Oktober) yang diketuai Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara menolak rayuan dua beranak itu untuk membatalkan penghakiman terus bagi menyelesaikan kira-kira RM1.7 bilion cukai pendapatan yang belum dibayar kepada kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Turut bersidang ialah Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Seksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967

Ketika membaca keputusan penghakiman, Nallini berkata, Seksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967 memperuntukkan bagi hutang berkanun, ia perlu dibayar bagi maksud mendapatkan hutang tersebut sahaja.

Menurutnya, seksyen tersebut juga berperlembagaan dan tidak menceroboh kuasa kehakiman atau melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan dari segi hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.

“Pihak perayu menyatakan Seksyen 106(3) akta sama meletakkan mereka pada kedudukan yang tidak setara dengan responden.

“Perayu berpendapat, seksyen itu memberi kuasa yang luas kepada pihak bertentangan, berhubung perkara cukai sekali gus menyebabkan perlanggaran hak terhadap Najib untuk mendapat layanan sama rata,” katanya dipetik Awani.

Mahkamah dapati tiada pelanggaran Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan

Menurutnya lagi, mahkamah mendapati tiada pelanggaran Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan kerana statut cukai lulus mestilah mematuhi klasifikasi.

Jelas Nallini, tugas mengenakan cukai adalah fungsi kedaulatan kerajaan maka ia tidak boleh dianggap sebagai fungsi persendirian.

LHDN kenakan cukai ke atas Najib dan anaknya sama seperti warganegara lain

Ujarnya, LHDN selaku responden mengenakan cukai ke atas Najib dan anaknya adalah sama seperti mana terpakai kepada semua warganegara lain.

Justeru, beliau berkata hujahan pihak pembelaan bagi bekas pemimpin UMNO dan anaknya itu berhubung dakwaan terdapat pelanggaran Perkara 8 adalah tidak berasas sama sekali.

Terang Nallini lagi, Akta Cukai Pendapatan dilaksanakan untuk memastikan pengutan cukai dibuat dengan cekap demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya, malah Seksyen 106(3) akta itu mempunyai hubungan rasional dengan pungutan cukai mampan.

Dalam perbicaraan kes ini, Najib dan Nazifuddin diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sementara Ketua Peguam Cara Hasil, Dr Hazlina Hussain bagi pihak LHDN.

Muhammad Shafee datang ke mahkamah untuk mewakili Najib dan anaknya yang tidak hadir semasa prosiding berlangsung.

2 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur benarkan LHDN untuk masukkan penghakiman terus pada 2020

Terdahulu, dua Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2020 membenarkan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai masing-masing sebanyak RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.

Susulan itu, Najib dan Nazifuddin membuat rayuan untuk mengetepikan penghakiman terus pada tahun 2021 namun gagal.

Untuk info, penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago