fbpx
Now Reading
Pengasas Bersama Syarikat Penerbangan Ditahan, Disyaki Terbabit Kes Pengubahan Wang Haram

Pengasas Bersama Syarikat Penerbangan Ditahan, Disyaki Terbabit Kes Pengubahan Wang Haram

Suspek yang berusia 57 tahun serta isteri dan anaknya ditahan di rumah mereka di Shah Alam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, 17 Oktober menahan seorang pengasas bersama (co-founder) sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’.

Selain lelaki berkenaan yang juga ahli lembaga pengarah syarikat tersebut, isteri dan anak lelakinya turut ditahan oleh pihak berkuasa.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, ketiga-tiga mereka ditahan bagi membantu siasatan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Datuk berkenaan yang berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada jam 5.30 petang,”¬†kata beliau dipetik dari Bernama.

Difahamkan perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek akan dilakukan hari ini (18 Oktober).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.