Pada 22 Oktober, seorang rider penghantar makanan telah ditahan oleh polis selepas dia bertindak menampar petugas Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).
Difahamkan situasi tersebut berlaku ketika petugas berkenaan sedang mengambil sampel jentik-jentik di rumah rider terbabit di Taman Melati, Bayan Baru, Pulau Pinang.
Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal pihaknya menahan rider berusia 44 tahun berkenaan selepas menerima laporan daripada petugas JKNPP itu.
“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika petugas JKNPP itu sedang membuat pemeriksaan nyamuk Aedes di kawasan perumahan terbabit.
“Berdasarkan keterangan mangsa, tiba-tiba dia didatangi suspek berusia 44 tahun itu ketika sedang mengambil sampel jentik-jentik di kediaman lelaki tersebut.
“Suspek kemudian bertindak menampar bahagian muka mangsa beberapa kali hingga mengakibatkan luka kecil pada bahagian dahi,” jelasnya, dipetik MalaysiaGazette.
Kes disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Rider berkenaan turut direman selama empat hari untuk membantu siasatan.
Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…
Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…
Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…
Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…
Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…
Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…