Peserta PLKN 3.0 Dipilih Dari Kalangan Individu Yang Lahir Pada Tahun 2007 Ke Atas

Sebelum ini, tular di media sosial di mana ramai netizen yang mendakwa bahawa pemilihan peserta untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah dari lingkungan 16 hingga 35 tahun.

Pendedahan berkaitan lingkungan umur peserta yang bakal dipilih membuatkan netizen di media sosial tidak senang hati kerana khuatir jika mereka tersenarai untuk menjalani latihan tersebut.

Selain itu, sesetengah netizen turut mempersoalkan tentang komitmen kerja, keluarga dan anak-anak yang terpaksa ditinggalkan sepanjang tempoh ketika menjalani PLKN.

Baca Artikel Berkaitan: Tular PLKN 3.0 Bakal Ambil Peserta Umur 16 Hingga 35 Tahun, Netizen Beri Pelbagai Reaksi


Kementerian Pertahanan Malaysia Perjelas Peserta PLKN 3.0 Hanya Dipilih Dalam Kalangan Individu Lahir Tahun 2007 Ke Atas

Oleh kerana tular dakwaan bahawa peserta PLKN 3.0 boleh dipilih dalam kalangan individu dewasa sehingga berusia 35 tahun, Kementerian Pertahanan Malaysia tampil memberikan penjelasan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini (3 November), pihak mereka mengambil maklum isu yang menjadi topik hangat tersebut berkaitan PLKN 3.0 di media sosial.

Bagi menjawab persoalan ramai, kementerian tersebut memberitahu bahawa peserta PLKN 3.0 akan dipilih mengikut tahun kelahiran.

Ini bermaksud, garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0. Sebagai contoh, sekiranya PLKN 3.0 dilaksanakan pada tahun 2024, maka remaja yang hanya lahir pada tahun 2007 sahaja akan dipanggil untuk menjalani latihan.

Kementerian Pertahanan Malaysia.

Had umur 35 tahun seperti yang tular itu pula sebenarnya dikaitkan dengan tempoh jika seseorang peserta itu terpaksa menangguhkan latihan sekiranya mempunyai urusan penting.

Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan. Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga umur 35 tahun.

Kementerian Pertahanan Malaysia.

Berdasarkan penjelasan yang diberikan, pihak Kementerian Pertahanan Malaysia berharap tiada lagi kekeliruan yang berlaku yang menjadi kegusaran orang awam berkaitan penetapan umur pelatih PLKN 3.0


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0

Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini telah mengumumkan tentang Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bakal diperkenalkan semula.

PLKN 3.0 itu akan menggunakan kaedah baru iaitu dengan menjalani latihan kem tentera Wataniah selama 45 hari melibatkan 4,000 peserta.

Sebanyak 13 kem tentera akan digunakan bagi melatih peserta yang terlibat sebagai langkah untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan selain membolehkan mereka mendapat situasi sebenar kententeraan dan kepolisan.

Baca Artikel Berkaitan: PLKN 3.0 Bakal Diperkenalkan Semula, Kali Ini Latihan Di Kem Tentera – Tok Mat

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

3 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

3 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

3 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

3 days ago