“Khidmat Terakhir” – Lelaki Sebak Bantu Bawa Turun Jenazah Rakan Dari Atas Kren Menara [Video]

Seorang lelaki yang juga operator kren menara meluahkan perasaan sebaknya ketika membantu membawa turun mayat rakan sekerjanya dari atas kren menara ke bawah kawasan tapak pembinaan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @jejakasederhana, kelihatan pasukan polis dan petugas kesihatan sudah bersedia untuk mengambil jenazah terbabit.

Khidmat terakhir yang diberikan kepada rakan sekerja

Menurutnya, menolong membawa turun mayat rakannya itu dengan menggunakan kren menara merupakan khidmat terakhir yang mampu diberikan olehnya.

“Selamat jalan Daniel, semoga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. 16/11/2023 perginya seorang sahabat di atas kren menara dan jenazah diturunkan menggunakan kren menara bersebelahan yang dikendali oleh sahabatnya sendiri,” tulis di ruangan kapsyen.

Operator kren menara meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam kabin

Terdahulu media melaporkan seorang lelaki yang juga operator kren menara disahkan meninggal dunia selepas dia ditemui tidak sedarkan diri dalam kabin di tapak pembinaan hadapan sebuah hotel di Persiaran KLCC, semalam (16 November).

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada pukul 5.43 petang semalam.

Menurutnya, seorang pengadu bertindak meminta bantuan bomba untuk membawa turun mangsa yang pengsan di atas menara kren berkenaan.

10 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus terima panggilan

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba Mior Muhammad Fikri Mohd Zaini berkata, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan Unit High Rise telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita dapati seorang lelaki berusia 27 tahun tidak sedarkan diri di dalam kabin.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dipetik Kosmo semalam.

Menurutnya, mangsa telah berjaya dibawa turun dengan menggunakan bantuan menara kren bersebelahan pada pukul 7.46 malam.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Video TikTok

@jejakasederhana

Selamat jalan Daniel….Semoga di tempatkan di kalangan org² yg beriman..16/11/23 Pergi nya seorang sahabat di atas kren menara dan jenazah di turunkan menggunakan kren menara bersebelahan yg di kendali oleh sahabat sendiri… #alfatihah #krenmenara #towercraneoperator #towercrane #craneoperatormalaysia🇲🇾 #selamatjalankawan

♬ original sound – Geng Nasyid – Geng Nasyid

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

10 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago