fbpx
Now Reading
Tentera Israel Dipercayai Bunuh Warganegara Sendiri Ketika Festival Muzik Supernova

Tentera Israel Dipercayai Bunuh Warganegara Sendiri Ketika Festival Muzik Supernova

Kematian penduduk Israel ketika serangan pertama di Festival Muzik Supernova dipercayai disebabkan serangan tembakan menerusi helikopter tempur IDF.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) didakwa telah membunuh rakyat mereka sendiri ketika serangan pertama perang antara Palestin-Israel pada 7 Oktober lalu.

Menurut laporan media Israel, Haaretz mendedahkan bahawa hasil siasatan terhadap kematian orang awam di Festival Muzik Nova, Tel Aviv sebelum ini berkemungkinan disebabkan tentera Israel.

Kematian tersebut berlaku apabila mangsa terkena serangan tembakan menerusi helikopter tempur IDF.

“Hasil siasatan daripada Majlis Keselamatan Israel mendapati Hamas tidak mempunyai pengetahuan awal tentang Festival Muzik Nova yang berlangsung ketika itu.

“Penilaian itu berdasarkan soal siasat terhadap pejuang Hamas dan siasatan polis terhadap insiden itu,” lapor Haaretz.


Hamas Beri Layanan Baik Terhadap Tahanan Israel

Sumber daripada media itu turut menjelaskan bahawa para pejuang Hamas sedang menyusup masuk ke kawasan lain iaitu berhampiran dengan sempadan Gaza dan bukannya menyasarkan festival muzik tersebut pada tarikh berkenaan.

Bagi menguatkan lagi dakwaan, Yasmin Porat, 44 iaitu salah seorang mangsa yang juga merupakan pengunjung festival tersebut berkata bahawa tentera Israel pada ketika itu telah menembak beberapa orang awam.

“Mereka (tentera Israel) menghapuskan semua orang termasuklah tebusan. Terdapat tembakan dan juga bedilan daripada kereta kebal,” jelas Yasmin.

Wanita tersebut juga mendedahkan tentera Zionis telah bertindak tidak berperikemanusiaan dengan mengebom kawasan Palestin termasuklah lokasi yang menempatkan tahanan Israel di Gaza.

Yasmin yang telah dilepaskan sebagai salah seorang tahanan dari Israel sebelum ini berkata bahawa mereka telah diberi layanan baik daripada pejuang Hamas selain menunjukkan nilai-nilai kemanusian yang tinggi.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hamas Dipuji Kerana Beri Layanan Baik Kepada 2 Tahanan Israel Sebelum Dibebaskan


Jumlah Rakyat Palestin Terkorban Meningkat

Setakat semalam (19 November), sejumlah 12,300 nyawa rakyat Palestin telah terkorban susulan serangan oleh tentera Israel.

Daripada jumlah tersebut, 5,000 mangsa merupakan golongan kanak kanak dan 3,300 yang lain adalah para wanita.

Menurut pejabat media kerajaan Gaza, sebanyak 6,000 mangsa belum dijumpai akibat runtuhan bangunan yang musnah.

Serangan oleh IDF yang tidak berkesudahan telah mengakibatkan 30,000 orang dilaporkan mengalami kecederaan pada ketika ini.

Sumber: Al Jazeera

Baca Artikel Berkaitan: Israel Bom 2 Sekolah Di Gaza, Lebih 200 Rakyat Palestin Terbunuh & Cedera [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Selamatkan Gaza” – Wartawan Palestin Sempat Tinggalkan Pesanan Akhir Sebelum Syahid [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.