fbpx
Now Reading
Hutang Dipercayai Motif Wartawan Antarabangsa Dilarikan Oleh Beberapa Individu

Hutang Dipercayai Motif Wartawan Antarabangsa Dilarikan Oleh Beberapa Individu

Sebelum ini wartawan sambilan warga Bangladesh itu memaklumkan dirinya telah diseksa seperti ditumbuk, ditendang dan dilukakan menggunakan pisau di bahagian tangan ketika dilarikan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai seorang wartawan antarabangsa yang menceritakan detik cemas dilaluinya apabila telah dilarikan.

Bukan hanya itu dia turut mendakwa telah dikurung serta diseksa selama tiga hari dekat sebuah rumah.

Wartawan sambilan yang merupakan warga Bangladesh itu dimaklumkan telah dibawa lari oleh beberapa individu pada 7 November lepas.

Dakwa diri diseksa seperti ditumbuk, ditendang dan dilukakan dengan senjata tajam

Malah dia turut menceritakan bagaimana dirinya diseksa apabila ditumbuk, ditendang termasuk dilukakan di bahagian tangan dengan menggunakan pisau.

Wartawan itu dalam pada masa sama memanjat rasa syukur kerana masih selamat selain turut mengucapkan terima kasih kepada polis.

Difahamkan beberapa individu terbabit dalam kes berkenaan juga telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Enam individu termasuk tiga anggota polis ditahan reman

Selain itu pihak polis pada 13 November lalu turut memaklumkan kertas siasatan mengenai tiga anggota yang didakwa terbabit dalam kes tersebut juga akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Polis kemudian telah mengambil keterangan daripada lapan individu dan seramai enam orang termasuk tiga anggota telah ditahan reman.

Baca artikel berkaitan: Wartawan Antarabangsa Dikurung & Diseksa Beberapa Individu, 3 Didakwa Anggota Polis

Hutang motif wartawan warga Bangladesh dilarikan

Terbaharu, polis memaklumkan hutang dipercayai motif individu warga Bangladesh itu dilarikan serta diperas oleh kumpulan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi memberitahu seramai empat lagi individu lain telah dikesan pihaknya dan ia termasuk seorang warga asing yang dipercayai turut terlibat dalam kes itu.

“Mereka yang dikesan ini termasuk seorang warga asing dipercayai masih berada dalam negara ini.

“Setakat ini, motif disebabkan masalah hutang mangsa kepada kumpulan suspek yang terbabit dalam kes ini,” jelasnya lapor Berita Harian.

Terdahulu seorang pelajar yang juga warga Bangladesh telah tampil membuat laporan polis dan mendakwa bapa saudaranya yang juga wartawan sambilan telah dilarikan.

Wartawan yang berusia 33 tahun itu, turut memaklumkan dia terpaksa menyediakan sejumlah wang untuk diselamatkan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan pemerasan dan Seksyen 342 Kanun yang sama kerana kurungan salah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.