Pada masa kini, dapat dilihat kebanyakan isteri termasuk mereka yang sedang hamil turut keluar bekerja bagi membantu suami mencari rezeki.
Namun, ada segelintir wanita yang mengandung tidak bernasib baik apabila diberhentikan kerja oleh majikan.
Ini kerana ada di antara majikan dipercayai menganggap pekerja wanita yang hamil sebagai satu beban.
Terbaharu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengingatkan majikan agar tidak menghentikan pekerja wanita yang sedang menjalani cuti bersalin atau cuti sakit akibat kehamilan.
Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mustapha Sakmud, larangan itu termaktub dalam Akta Kerja 1955 dan mana-mana majikan yang tidak mematuhinya boleh dikenakan tindakan.
“Di bawah Seksyen 41 A (1) Akta Kerja 1955, majikan tidak boleh memberi notis penamatan kerja atau memberhentikan pekerja wanita yang hamil atau sakit kerana kehamilan kecuali atas beberapa keadaan iaitu akibat salah laku (pekerja) dan majikan menutup operasi.
“Majikan boleh didakwa serta dikompaun jika gagal mematuhi peraturan itu,” kata beliau.
Mustapha menjelaskan perkara itu ketika menjawab soalan tambahan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mengenai tindakan terhadap majikan memberhentikan pekerja wanita yang cuti bersalin atau hamil dengan menggantikan petugas baharu.
Sehingga 31 Oktober, KSM telah menerima 44 kes aduan berhubung pelanggaran cuti bersalin 98 hari oleh majikan. Daripada jumlah ini, 28 daripadanya adalah aduan berasas manakala 16 lagi tidak berasas.
“Bagi aduan yang berasas, majikan terlibat telah diberikan peringatan serta tindakan pembetulan telah diambil dan semua kes tersebut telah diselesaikan melalui pematuhan majikan dengan pemberian kelayakan tempoh cuti bersalin selama 98 hari kepada pekerja,” kata beliau lagi.
Beliau turut memaklumkan bahawa KSM dan agensi di bawahnya telah melaksanakan 23,279 pemeriksaan berkanun di tempat kerja.
Beliau menjelaskan perkara itu ketika menjawab soalan M.Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) mengenai langkah kerajaan dalam memastikan semua majikan termasuk majikan daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (SME) mematuhi polisi cuti bersalin yang dilanjutkan kepada 98 hari mulai 1 Januari 2023 dan bilangan majikan yang gagal mematuhi peraturan itu.
Untuk info, Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 menetapkan bahawa cuti bersalin bagi pekerja wanita telah dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari berkuatkuasa 1 Januari 2023.
Penetapan ini selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai Maternity Protection Convention, 2000 (No.183) yang menetapkan tempoh cuti bersalin tidak kurang daripada 14 minggu (98 hari).
Melalui pindaan ini, pekerja wanita tidak boleh bekerja dan majikan tidak boleh mengarahkan pekerja untuk masuk kerja awal sebelum habis tempoh cuti bersalin.
Ia hanya dibolehkan jika pekerja wanita itu sendiri yang mahu bekerja dengan persetujuan majikan serta disahkan sihat untuk bekerja oleh pengamal perubatan.
Majikan juga dilarang memberhentikan pekerja wanita yang sedang hamil atau cuti akibat kehamilan kecuali disebabkan perkara-perkara berikut:
Baca Artikel Berkaitan:
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…