SPRM Bekukan Akaun Aman Palestin, Disyaki Dana RM70 Juta Disalurkan Bagi Tujuan Lain

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin selepas pertubuhan itu didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

SPRM menerusi satu kenyataan hari ini (23 November) memaklumkan sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan amal tersebut dan beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762 dibekukan.

SPRM geledah premis Aman Palestin, temui dokumen kewangan & pengurusan operasi

Pihak SPRM turut menggeledah premis Aman Palestin dan memperolehi beberapa dokumen berkaitan kewangan serta pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

“Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya dalam kenyataan.

Dianggarkan RM70 juta wang dana disalurkan untuk tujuan lain

SPRM juga telah merakam keterangan beberapa saksi penting dan hasil siasatan awal telah mengenalpasti isu-isu melibatkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat tersebut.

Terdahulu, media melaporkan siasatan SPRM terhadap dakwaan salah guna kuasa oleh NGO yang mengutip derma untuk Palestin tertumpu kepada penelitian dokumen membabitkan dana wang itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, ia tindakan di peringkat awal siasatan sebelum pihaknya memanggil individu yang terbabit bagi merakam keterangan, lapor Harian Metro.

Mufti Perlis minta JAIPs tidak benarkan Aman Palestin kutip derma di negeri terbabit

Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini juga meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) agar tidak membenarkan kutipan Tabung Aman Palestin dilakukan di mana-mana premis agama Islam di negeri terbabit.

Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza menyatakan keraguannya terhadap pengumpulan dan pengagihan dana oleh Aman Palestin dan menuntut lebih banyak ketelusan dalam perkara berkenaan.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

3 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

3 days ago