Kejadian kemalangan jalan raya merupakan satu perkara yang tidak dapat dijangka.
Ia juga boleh berlaku meskipun seseorang individu itu telah berhati-hati dan berusaha mengikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.
Malah ia juga boleh menimpa orang awam atau sesiapa sahaja di kawasan yang berhampiran dengan jalan raya.
Baru-baru ini, seorang warga emas yang sedang bersarapan di sebuah kedai makan makan maut akibat dirempuh sebuah kenderaan yang terbabas di Taman Meranti Bahau, Jempol, Negeri Sembilan pada pagi tadi (24 November).
Ketua Polis Daerah Jempol, Supertindan Hoo Chang Hook memaklumkan mangsa yang dikenali sebagai Tan Joo Lan berusia 75 tahun dilaporkan meninggal dunia di lokasi disebabkan mengalami cedera parah di bahagian leher.
Jelasnya, insiden kemalangan yang berlaku jam 8.50 pagi tersebut dipercayai berlaku apabila pemandu yang membawa kereta berwarna perak itu sedang memandu sendirian dari arah Taman Satelite menghala ke Taman Meranti.
Insiden turut menyebabkan seorang mangsa wanita yang juga pelanggan kedai terbabit cedera.
“Setiba di lokasi kejadian, sewaktu hendak meletakkan kenderaan di hadapan kedai makan tersebut, tiba-tiba pemandu kereta tertekan pedal minyak dan melanggar dua orang awam yang sedang makan di kedai tersebut.
“Akibat kejadian itu, seorang mangsa cedera parah di leher dan disahkan maut di tempat kejadian.
“Seorang lagi mangsa wanita berusia 35 tahun cedera ringan dan sedang menerima rawatan di Hospital Jempol,” ujarnya, lapor Kosmo.
Tambah beliau lagi, pemandu kereta itu bagaimanapun telah ditahan serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol untuk siasatan lanjut.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…