fbpx
Now Reading
Gara-Gara Kemuka Borang Bantuan Banjir Palsu, Warga Emas Didenda RM5,000

Gara-Gara Kemuka Borang Bantuan Banjir Palsu, Warga Emas Didenda RM5,000

Tertuduh pada April tahun lalu telah menyenaraikan nama anak kandungnya untuk menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) meskipun tidak layak untuk menerimanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui setiap tahun pasti ada sahaja laporan berhubung kawasan banjir yang berlaku di beberapa kawasan antaranya adalah negeri yang berada di Pantai Timur.

Malah, banjir yang melanda turut membuatkan sejumlah buah rumah telah ditenggelami air sehingga rosak dan perlu dibaiki semula.

Oleh itu bagi membantu rakyat yang terkesan, permohonan untuk menerima bantuan banjir turut dibuka kepada mereka yang memerlukan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab apabila bertindak memohon bantuan dengan mengemukan butiran palsu dan sebagainya.

Kemuka borang bantuan dengan maklumat palsu, warga emas didenda RM5,000

Terbaharu, seorang warga emas didenda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen pada hari ini (28 November) kerana telah bertindak mengemukakan borang bantuan banjir yang mempunyai maklumat palsu pada tahun lalu.

Keputusan itu dilakukan oleh Hakim, Mohd Azhar Othman apabila tertuduh, Abdul Wahab Idris mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Penjara sebulan jika gagal bayar denda

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan warga emas yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan kampung (JPPK) di sebuah kampung di Dungun itu dipenjarakan sebulan jika gagal membayar denda tersebut.

Menerusi pertuduhan itu, warga emas berusi 64 tahun itu didakwa telah bertindak menipu seorang pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Dungun, dengan memperakui serta menandatangani borang pengesahan daftar nama berkaitan bantuan banjir.

Senaraikan nama anak kandung untuk terima BWI meskipun tak layak

Warga emas berkenaan telah menyenaraikan nama anak kandungnya untuk menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) walhal tidak layak untuk menerimanya.

Perkara itu dilakukan oleh Abdul Wahab pada April tahun lalu di Dungun dan dia kemudian didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan (KK) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun yang sama.

Sekiranya bersalah, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Walau bagaimanapun warga emas berkenaan melalui peguam belanya, Nurul Najmi Adila Md. Nasir telah membuat rayuan meminta agar hukuman ringan seperti denda dengan memberikan alasan mempunyai masalah kesihatan selain pengakuan awal bersalah, lapor Utusan.

Namun Hakim Mohd. Azhar tertuduh wajar dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada warga emas itu dan masyarakat amnya.

“Jika kesalahan ini tidak dibendung, dibimbangi ia akan berkembang sehingga merugikan kerajaan dan mahkamah berdoa agar hukuman ini menjadi pengajaran kepada semua,” ujarnya.

Pendakwaan itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mariah Omar, manakala warga emas berkenaan diwakili oleh Nurul Najmi Adila.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.