Johor Tubuh Pusat Pemulihan Golongan LGBT Pertama Di Malaysia, Bakal Lancar Pada Julai 2024

Gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) merupakan sebahagian daripada permasalahan sosial di seluruh dunia.

Malaysia juga tidak terkecuali di mana segelintir penganut agama Islam turut terlibat dalam isu ini.

Johor tubuh pusat pemulihan Islam bagi golongan LGBT

Susulan itu, kerajaan Johor mengambil langkah untuk menubuhkan pusat pemulihan Islam bagi individu terpesong akidah dan yang mengamalkan hubungan sesama jantina atau LGBT ini mulai bulan Julai tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pusat pemulihan itu adalah pertama kali diwujudkan di negara ini.

Kerajaan Johor peruntuk RM400,000 untuk wujudkan pusat pemulihan Islam itu

Menurutnya, kerajaan Johor telah memperuntukkan sebanyak RM400,000 bagi mewujudkan pusat pemulihan terbabit.

“Pusat pemulihan ini bukan sahaja diwujudkan bagi mereka yang terpesong akidahnya tetapi juga menempatkan golongan individu yang mengamalkan hubungan sesama jantina atau LGBT, yang disabitkan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Syariah, Enakmen 26-Musahaqah, supaya kembali ke fitrah asal dan bertaubat.

“Kewujudan pusat pemulihan bagi golongan yang mengamalkan hubungan sesama jantina ini adalah pertama diwujudkan di negara kita.

“Tujuan penubuhan pusat pemulihan ini bukan sahaja bagi membimbing dan memulihkan golongan yang ingin bertaubat malah sebagai platform memupuk kesedaran kembali ke jalan yang benar.

“Ketika ini pusat pemulihan ini sedang dalam proses persiapan kemasukan harta modal di bahagian pejabat, asrama pelatih lelaki dan perempuan,” katanya dipetik Berita Harian semalam (29 November).

Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah itu berkata demikian selepas menjawab soalan yang diajukan ADUN Maharani, Abdul Aziz Talib semasa Sidang Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar semalam.

MAINJ turut peruntuk RM15 juta kepada Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita

Dalam pada itu, berhubung saudara baharu yang memeluk Islam sejak 2020 pula, beliau berkata sebanyak RM15 juta setahun juga diperuntukkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kepada Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti dakwah serta kebajikan.

“Seramai 2,845 individu telah berdaftar memeluk agama Islam sejak 2020 sehingga November tahun ini.

“Pecahan membabitkan seramai 728 orang bagi tahun 2020; 688 orang (2021); 796 orang (2022) dan 633 orang sehingga November tahun ini.

“Saudara baharu kita yang berdaftar di negeri Johor terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum antaranya Cina, India, Iban, Bidayuh, Kadazan, Orang Asli serta warganegara asing dari Filipina dan Vietnam,” katanya lagi.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

6 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

7 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

7 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

8 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

10 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

10 hours ago