Masalah Kewangan & Selisih Faham Antara Faktor Keganasan Rumah Tangga Di Pahang

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Begitulah peribahasa yang selalu digunakan untuk menceritakan hakikat sebenar berumah tangga yang pasti ada pasang dan surutnya.

Lebih menakutkan lagi, apabila ada sesetengah rumah tangga berakhir dengan keganasan selepas sering berlakunya pergaduhan suami isteri disebabkan beberapa faktor.

Selisih faham dan masalah kewangan antara faktor keganasan rumah tangga di Pahang

Seperti di Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Sabariah Saidan berkata selisih faham, masalah kewangan, anak dan cemburu merupakan antara faktor-faktor berlakunya keganasan dalam rumah tangga di sana.

Menurutnya, sebanyak 384 laporan polis telah diterima sejak tahun lalu hingga Jun 2023 dengan faktor perselisihan faham mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 296 kes.

Diikuti dengan beberapa kes yang lain seperti:
  • Masalah kewangan (38 kes)
  • Mabuk (13 Kes)
  • Penyalahgunaan dadah (13 kes)
  • Cemburu (5 kes)

Kes keganasan rumah tangga di Kuantan catat jumlah paling tinggi

Selain itu, beliau berkata sebanyak 253 keganasan rumah tangga direkodkan sepanjang tahun 2022 dengan daerah Kuantan mencatatkan rekod kes tertinggi iaitu 84 kes dan diikuti oleh beberapa daerah yang lain.

Berikut adalah jumlah kes keganasan rumah tangga di Pahang mengikut daerah:

  • Kuantan (84 kes)
  • Bera (29 kes)
  • Maran (28 kes)
  • Temerloh (27 kes)
  • Pekan (17 kes)
  • Kuala Lipis (16 kes)
  • Bentong (15 Kes)
  • Rompin (14 Kes)
  • Raub (11 Kes)
  • Jerantut (10 Kes)
  • Cameron Highlands (2 kes)

Tahun ini pula, Sabariah berkata setakat Jun 2023 sebanyak 131 kes direkodkan dengan Kuantan mencatat 41 kes diikuti Maran 15 kes, Temerloh (13), Rompin (11), Jerantut (12), Bera dan Bentong masing-masing 10 kes, Pekan (7), Kuala Lipis (6), Raub (5) dan Cameron Highlands (1).

“Langkah yang diambil kerajaan untuk membendung isu ini berlaku melibatkan pelbagai pendekatan antaranya aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia menerusi pencegahan dan pemulihan,” katanya dipetik Bernama.

Sabariah berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang semalam (4 Disember) bagi menjawab soalan Woo Chee Wan, ADUN Mentakab yang ingin tahu jumlah kes, faktor, dan langkah diambil kerajaan untuk membendung keganasan rumah tangga.

Kerajaan Pahang ambil langkah dengan adakan kempen kesedaran

Mengenai langkah pencegahan pula, Sabariah berkata kempen kesedaran keganasan rumah tangga menggunakan platform ceramah, forum hebahan dan berkaitan telah dilakukan.

Selain itu, kerajaan Pahang juga memberi perlindungan yang sewajarnya kepada mangsa seperti perintah perlindungan kecemasan (EPO), ujar Sabariah.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

21 mins ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

28 mins ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

32 mins ago
  • Trending

“Macam Cerita K-Drama”- Bapa Catat Setiap Perkembangan Anak Dalam Diari Jadi Contoh Buat Orang Ramai

Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…

2 hours ago
  • Trending

“Allahu Sedihnya” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jual Buah Potong Tepi Jalan Guna Basikal [Video]

Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.

2 hours ago
  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

2 hours ago